Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mudah Padam Semua Notifikasi Pada iPhone

Cara Mudah Padam Semua Notifikasi Pada iPhone

Diterbitkan Mac 15, 2021 · Dikemas kini Mac 15, 2021 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, terdapat satu ciri yang dinamakan sebagai Notification Centre pada iPhone. Menerusinya, ia memberikan notifikasi daripada aplikasi termasuk e-mel, jam penggera, permainan, SMS dan sebagainya.

Notifikasi tersebut juga akan terus terpapar di bahagian Notification Centre selagi mana anda tidak membuka atau membersihkannya. Jika terlalu banyak notifikasi yang diterima dan dibiarkan terpapar, sesetengah orang mungkin akan merasa terganggu.

Bagi anda yang belum tahu, berikut disediakan beberapa langkah mudah untuk memadam semua notifikasi pada Notification Centre untuk peranti iPhone.

Cara padam semua notifikasi pada Notification Centre

1. Pertama, tatal di bahagian kiri skrin untuk melihat Notification Centre.

notifikasi iphone_1

3. Tekan dan tahan (press & hold) pada butang X. Perlu diketahui, jika anda terus menekan butang X tanpa hold, notifikasi tidak akan dipadamkan sepenuhnya.

cara padam semua notifikasi iPhone

3. Satu paparan “Clear All Notifications” akan muncul dan tekan pada butang tersebut.

notifikasi iphone_2

4. Notification Centre pada iPhone anda kini sudah dibersihkan dan tiada lagi notifikasi lama yang akan dipaparkan.

cara padam semua notifikasi iPhone

Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan komen jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung tips ini atau mana-mana tips yang lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY