Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

Diterbitkan September 1, 2018 oleh Tips Gajet

Dilema utama pengguna iPhone ialah kebolehannya untuk memuat turun video, terutamanya video daripada Youtube.

Berikut kami kongsikan cara paling mudah dan berkesan untuk anda “menyedut” video daripada Youtube pada iPhone menggunakan aplikasi Telegram. Ikuti langkah berikut.

Pertama sekali pastikan iPhone anda sudah terpasang dengan perisian Telegram. 

Kemudian pada ruangan carian, buat carian bagi channel “AnySave”

Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

 

Setelah masuk ke Channel AnySave, pilih menu Start dan seterusnya pada pilihan bahasa.

Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

 

Untuk membuat carian video Youtube yang anda ingin muat turun, taip sahaja @vid [space] tajuk video maka akan muncul senarai video yang berkaitan.

Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

 

Setelah video tersebut dibuka, pilih menu Send dan tunggu sehingga video tersebut siap di proses.

Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

 

Setelah siap diproses, maka akan muncul paparan berikut. Untuk memuat turun video tersebut, klik sahaja pada ikon dalam kotak merah berikut. Selesai, video anda akan terus dimuat turun ke dalam storan iPhone.

Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

 

Itulah sahaja sedkit perkongsian daripda kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY