Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mudah Mengubah Format Video Pada Windows

Cara Mudah Mengubah Format Video Pada Windows

Diterbitkan Mac 6, 2021 ยท Dikemas kini Mac 6, 2021 oleh Tips Gajet

Terdapat pelbagai format video yang biasa digunakan pada PC contohnya seperti avi, mkv, mp4 dan sebagainya. Namun tidak kesemua format video tersebut boleh dimainkan pada peranti tertentu seperti pemain video kereta mahupun peranti pintar.

Berikut kami kongsikan cara untuk mengubah format video kepada format yang lain dengan mudah dan pantas menggunakan windows.

Pertama sekali buka tetingkan Command prompt.

Cara Mudah Mengubah Format Video Pada Windows

Seterusnya, untuk memudahkan prosesnya, pastikan fail video yang ingin diubah tersebut berada pada desktop dan masukkan kod berikut.

cd desktop

Cara Mudah Mengubah Format Video Pada Windows

Maka direktori command prompt akan dialih kepada sumber yang berada di desktop.

Masukkan kod berikut, pastikan anda tukar perkataan “fog” yang digunakan kepada nama fail video yang anda ingin ubah formatnya disusuli dengan menekan kekunci Enter.

ffmpeg -i fog.mp4 fog.mkv

Cara Mudah Mengubah Format Video Pada Windows

Tunggu sehingga proses mengubahnya selesai.

Cara Mudah Mengubah Format Video Pada Windows

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY