Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mudah Dan Pantas Mengenalpasti Tajuk Lagu

Cara Mudah Dan Pantas Mengenalpasti Tajuk Lagu

Diterbitkan April 20, 2020 oleh Tips Gajet

Seringkali kita terdengar lagu – lagu menarik yang dimainkan sama ada pada filem mahupun di radio yang mana tajuknya tidak diketahui. Agak leceh untuk mencari tajuk lagu tersebut apatah lagi sekiranya ia dimainkan dalam bahasa asing.

Berikut kami kongsikan salah satu aplikasi mengenal lagu yang mana dapat mengesan tajuk lagu dengan pantas dan mudah sejurus ianya dimainkan.

Pertama sekali pasang aplikasi Shazam pada peranti anda.

Cara Mudah Dan Pantas Mengenalpasti Tajuk Lagu

Untuk mengesan lagu misteri, buka sahaja aplikasi tersebut dan tap pada ikon dipaparan aplikasi tersebut untuk mengaktifkan mod carian.

Cara Mudah Dan Pantas Mengenalpasti Tajuk Lagu

Kemudian buka lagu misteri yang ingin dikesan pada mana – mana aplikasi atau dekatkan peranti anda pada radio ataupun TV agar ianya didengarkan pada mikrofon peranti.

Cara Mudah Dan Pantas Mengenalpasti Tajuk Lagu

Selepas beberapa saat, aplikasi tersebut akan selesai membuat carian. dan hasilnya akan dipaparkan pada bahagian Library aplikasi.

Cara Mudah Dan Pantas Mengenalpasti Tajuk Lagu

 

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY