Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mudah Baiki Fail Video Rosak Dengan VLC

Cara Mudah Baiki Fail Video Rosak Dengan VLC

Diterbitkan Disember 28, 2018 · Dikemas kini Disember 28, 2018 oleh Tips Gajet

Pemain video VLC sememangnya terkenal dengan fungsi yang pelbagai guna dalam memainkan pelbagai jenis format video dan suntingan.

Tips kai ini kami ingin kongsikan cara – cara untuk membaik pulih fail video yang Corrupted ataupun dengan kata lain fail yang tidak dapat dimainkan. Ikuti sahaja langkah berikut.

langkah 1 : Buka aplikasi VLC dan masuk ke menu Media > Convert/save

Cara Mudah Baiki Fail Video Rosak Dengan VLC

Langkah 2 : Pilih Add File pada paparan berikut dan pilih fail video yang anda ingin pulihkan. Kemudian klik pada menu Convert/Save

Cara Mudah Baiki Fail Video Rosak Dengan VLC

 

Langkah 3 : Pada paparan berikut pilih jenis codec yang anda inginkan pada ruangan profile dan seterusnya klik pada menu Edit 

Cara Mudah Baiki Fail Video Rosak Dengan VLC

Manakala pada paparan berikut buat pilihan dengan lebih terperinci ciri – ciri fail yang akan dipulihkan.

Cara Mudah Baiki Fail Video Rosak Dengan VLC

Langkah 4: Apabila kembali ke paparan ini, apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada Destination File untuk menentukan lokasi fail tersebut akan disimpan selepas selesai dan akhir sekali klik pada tombol Start. Maka proses pembaikan akan bermula, tunggu sehingga selesai.

Cara Mudah Baiki Fail Video Rosak Dengan VLC

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY