Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Chrome 76 Kini Menyokong Tema Gelap Dan Membuang Butang Pengaktifan Flash

Cara Mudah Akses ‘Extensions’ Di Pelayar Google Chrome

Diterbitkan Ogos 27, 2019 · Dikemas kini Ogos 27, 2019 oleh ariff bukhari

Masih dalam peringkat eksperimental.

Google telah melepaskan kemas kini terbaru baru aplikasi pelayar Google Chrome 76. Dalam versi terbaru Chrome, Google ada memuatkan beberapa ciri menarik yang masih dalam peringkat percubaan tetapi boleh diakses penggunanya di bahagian Experiments.

Cara Mudah Akses ‘Extensions’ Di Pelayar Google Chrome
Versi terkini Google Chrome bagi pengguna macOS.

Pengguna Chrome boleh mengakses bahagian Experiments ini dengan memasukkan chrome://flags pada ruang URL.

Salah satu ciri baru yang masih dalam peringkat percubaan tetapi sudah boleh digunakan adalah pintasan yang memudahkan pengguna Chrome mengakses ‘Extensions‘.

Cara Mudah Akses ‘Extensions’ Di Pelayar Google Chrome
Taip pada ruang Search flags, Extensions Toolbar Menu.

Apabila anda mengaktifkan ciri Extensions Toolbar Menu, akan muncul satu ikon Extensions terus di paparan antaramuka Chrome.

Screenshot 2019-08-27 at 12.05.30

Jadi dengan adanya pintasan menu Extensions ini, pengguna Chrome lebih mudah mengakses extensions yang ada dipasang pada pelayar Chrome mereka dengan lebih pantas.

Sebelum ini pengguna perlu mengaksesnya dari Bar Menu Window > Extensions atau dari Preferences > Extensions atau juga dari More Tools > Extensions.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY