Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Muat Turun Video Youtube Menggunakan VLC

Cara Muat Turun Video Youtube Menggunakan VLC

Diterbitkan Ogos 7, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 7, 2018 oleh Tips Gajet

Apa yang dapat kami simpulkan, VLC merupakan pemain video yang paling “jahat” pernah dicipta. Dengan pelbagai fungsi suntingan video yang sangat menarik, ianya menjadikan VLC diantara pemain video yang terbaik boleh didapati secara percuma diatas talian.

Berikut kami kongsikan salah satu fungsi pemain video hebat ini yang dapat membantu pengguna diluar sana memuat turun video pada Youtube dengan pantas dan mudah, tanpa perlu membuka laman sesawang ataupun perisian tambahan. Ikuti sahaja langkah – langkah berikut.

 

Pertama sekali, buka laman sesawang Youtube dan pilih video yang anda berkenan. Seterusnya salin URL nya pada bahagian alamat.

Cara Muat Turun Video Youtube Menggunakan VLC

 

Kemudian buka aplikasi VLC dan masuk ke Media > Open network stream.

Cara Muat Turun Video Youtube Menggunakan VLC

 

Tampalkan alamat yang anda salin sebentar tadi dan klik pada tombol play. Apapun pastikan PC anda tersebut sedang tersambung ke internet.

Cara Muat Turun Video Youtube Menggunakan VLC

 

Ketika video tersebut sedang dimainkan, masuk ke menu Tools > Codec information

Cara Muat Turun Video Youtube Menggunakan VLC

 

Maka akan muncul paparan berikut. apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menyalin alamat URL pada bahagian location di bawah paparan.

Cara Muat Turun Video Youtube Menggunakan VLC

 

Seterusnya, buka Golgle Chrome atau Firefox, tampalkan alamat tersebut dan tekan Enter. Maka secara otomatik video tersebut akan dimuat turun degan jayanya. Selesai.

Cara Muat Turun Video Youtube Menggunakan VLC

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY