Tumpuan kini pastinya terarah kepada Redmi Note 9 Pro sebagai penawaran paling tinggi untuk keluarga baru Xiaomi. Seperti keluaran yang sebelumnya, Xiaomi masih mengekalkan DNA mereka iaitu spesifikasi baik pada tanda harga yang berpatutan.
Kelengkapan serta aplikasi kamera pada peranti ini sudah sedia baik, namun pasti ada daripada pengguna yang mahukan lebih ciri untuk sesi fotografi. Jika anda salah seorang pemilik atau mungkin juga bakal pembeli Redmi Note 9 Pro, ini merupakan cara untuk memasang aplikasi GCAM pada peranti tersebut.
Pertama kali muat turun aplikasi GCAM Mod (MGC_7.3.020_Parrot043_V7) ke dalam telefon pintar anda dan klik pada APK tersebut. Ketika proses pemasangan, peranti anda meminta kebenaran Allow apps to be installed from unknown sources. Tekan pada tetapan dan aktifkan Allow from this source.
Apabila proses pemasangan selesai, anda perlulah memberi kebenaran kepada aplikasi untuk mengakses fungsi-fungsi kamera sebelum boleh menggunakannya. Siap semua yang diterangkan diatas, anda sudah boleh terus merakam foto melalui GCAM pada Redmi Note 9 Pro.
Seperti yang anda boleh lihat, melalui GCAM hasil gambar pada waktu malam lebih terang dan kurang hingar.
Menariknya lagi, ia turut hadir dengan ciri Astrophotography yang boleh diakses ketika mod Night Sight. Anda boleh pilih sama ada untuk mengaktifkannya secara automatik atau manual pada tetapan seperti dibawah.
Pada mod ini, anda disarankan untuk menggunakan tripod untuk hasil yang lebih baik. Aplikasi kamera akan mengambil sedikit masa untuk memproses imej yang sedang dirakam.
Tidak mahu lengah masa, anda boleh lihat beberapa sampel yang sempat kami rakam. Foto di sebelah kiri merupakan hasil dari kamera Redmi Note 9 Pro sementara disebelah kanan adalah foto dari GCAM.
Secara keseluruhan, melalui penambahan GCAM anda akan lihat peningkatan hasil seperti lebih perincian dan penghasilan warna yang hampir kepada objek sebenar. Ini bukan bermakna aplikasi kamera sedia ada tidak bagus, tetapi dengan adanya GCAM ia boleh membantu anda mendapatkan hasil terbaik untuk situasi yang berlainan.
Berkaitan
- Samsung Mungkin Sedang Mengusahakan Cip Exynos 9820 Terbaru Berdasarkan Proses 7nm
- Samsung Membalas Aduan Pelanggan Mengenai Peranti Samsung Galaxy Note 8
- realme 7 Pro Special Edition Hadir Dengan Vegan Micrograin Leather, Akan Mula Dijual Pada 28 Oktober Ini
- Samsung Pay Tawarkan Peranti Galaxy Note 8, Bank Kuasa Dan Banyak Lagi
- Kemaskini Android Galaxy S9 Lebih Mudah Dengan Project Treble
- Lebih 10 Juta Siri HONOR 9X Terjual Di Seluruh Dunia
- Razer Pay: Satu Lagi Aplikasi e-Dompet Membuat Kemunculan Di Malaysia
- Tarikh Rasmi iPhone 8, 8 Plus Dijual Di Malaysia
- Xiaomi Mi 10T - Spesifikasi Terbaik Pada Harga Berpatutan
- Speaker Stereo? Mungkin itu Yang Disertakan Sekali Untuk Samsung Galaxy S9