Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Diterbitkan Mei 27, 2020 oleh Tips Gajet

Kepada anda yang menjalankan perniagaan ketika tempoh kawalan pergerakan ini, yang mana setiap premis perniagaan seperti restoran, kedai – kedai dan sebagainya perlu merekodkan maklumat pelanggan yang berkunjung ke premis. berikut kami kongsikan cara untuk merekodkan kehadiran secara atas talian menggunakan kod QR.

Pertama sekali buka pelayar internet dan masuk ke menu Google Doc.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Kemudan Pilih aplikasi Form.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Seterusnya pilih menu Contact information.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Masukkan nama kedai atau restoran pada bahagian atas untuk memudahkan urusan anda. Pada bahagian Nama dan Telefon, aktifkan tombol Required untuk menjadikan menu tersebut adalah wajib.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Manakala untuk menu – menu yang lain anda boleh memadamnya dengan menekan tombol berikut. Ini kerana maklumat yang perlu direkod adalah nama dan nombor telefon pelanggan sahaja.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Kemudian masuk ke menu setting.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

 

Pada paparan berikut nyahakitfkan menu Limit to 1 person disusuli dengan menekan menu Save.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Klik pada tombol Send

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Pilih menu berikut dan salin pautan yang diberikan.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Seterusnya masuk ke laman sesawang Kod QR dengan menggunakan pautan dibawah.

https://www.the-qrcode-generator.com/

Pada laman tersebut pilih menu URL dan tampal pautan yang anda salin sebentar tadi dan klik papda tombol Save untuk memuat turun kod tersebut.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Pada paparan berikut, lengkapkan maklumat kedai dan klik pada tombol Save.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Berikut adalah kod QR yang sudah siap dimuat turun. Cetak dan tampalkan pada Kedai atau Restoran masing – masing untuk diimbas oleh pelanggan.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Paparan yang muncul setelah kod QR di imbas, lengkapkan dan hantar.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Contoh respon yang akan diterima oleh pemilik kedai sebagai rekod.

Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

 

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bemanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY