Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menyunting Gambar Seakan Photoshop Diatas Talian

Cara Menyunting Gambar Seakan Photoshop Diatas Talian

Diterbitkan April 28, 2020 ยท Dikemas kini April 28, 2020 oleh Tips Gajet

Kepada anda yang biasa menggunakan aplikasi Photoshop untuk menyunting gambar, sememangnya agak kekok sekiranya perlu menggunakan aplikasi suntingan yang lain dek kerana fungsi dan susunan menunya yang agak berbeza. Berikut kami kongsikan alternatif yang boleh digunakan sebagai ganti Photoshop disaat anda memerlukan dan ianya adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang pemasangan pada PC..

Pertama sekali, buka aplikasi pelayar sesawang. Kemudian buat carian pada Google perkataan “Photopea“. Seterusnya pada paparan carian tersebut, klik pada pautan berikut.

Cara Menyunting Gambar Seakan Photoshop Diatas Talian

Maka anda akan dibawa ke laman sesawang Photopea yang mana menu dan fungsi yang terdapat pada aplikasi atas talian tersebut seakan sama dengan Photoshop.

Cara Menyunting Gambar Seakan Photoshop Diatas Talian

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memuat naik gambar yang ingin disunting pada menu File > Open, dengan itu anda boleh terus mulakan proses suntingan yang diingini.

Cara Menyunting Gambar Seakan Photoshop Diatas Talian

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY