Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menyekat Paparan Nama WiFi Tidak “Senonoh” Pada PC

Cara Menyekat Paparan Nama WiFi Tidak “Senonoh” Pada PC

Diterbitkan Ogos 2, 2019 oleh Tips Gajet

Selalu kita lihat paparan nama WiFi yang tidak senonoh dan berbaur lucah pada pilihan sambungan rangkaian dan ianya sangat menjengkelkan, apatah lagi kepada anda yang mempunyai anak kecil dirumah.

Berikut kami kongsikan cara mudah untuk anda menyekat paparan sambungan WiFi pada PC.

Pertama sekali, salin nama WiFi tersebut, kemudian buat carian menu Command Prompt, dan klik kanan untuk memilih fungsi Run As Administrator.

Cara Menyekat Paparan Nama WiFi Tidak “Senonoh” Pada PC

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menampal salinan kod arahan berikut.

netsh wlan add filter permission=block ssid="WIFI NAME" networktype=infrastructure

 

Cara Menyekat Paparan Nama WiFi Tidak “Senonoh” Pada PC

Pastikan anda menggantikan “WiFi Name” dengan nama WiFi yang ingin anda sekat.

Akhir sekali tekan Enter, selesai. Maka dengan itu, tiada lagi paparan nama WiFi yang menjengkelkan mucul pada paparan WiFi

Untuk membatalkan sekatan tersebut, tampalkan sahaja kod arahan berikut berserta nama WiFi yang telah anda sekat sebelum ini dan tekan Enter.

netsh wlan delete filter permission=block ssid="WIFI NAME" networktype=infrastructure

Cara Menyekat Paparan Nama WiFi Tidak “Senonoh” Pada PC

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini,semoga brmanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY