Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menuntut e-Dompet RM50 Menerusi Aplikasi Boost

Cara Menuntut e-Dompet RM50 Menerusi Aplikasi Boost

Diterbitkan Julai 31, 2020 · Dikemas kini Julai 31, 2020 oleh ariff bukhari

Dapatkan pelbagai kelebihan menerusi Boost.

Seperti semua sedia maklum, kerajaan telah pun mengumumkan bahawa insentif e-Dmpet RM50 melalui ePenjana sudah pun boleh ditebus dari hari ini menerusi 3 penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.

Cara menebus e-dompet tersebut adalah berbeza mengikut aplikasi yang anda gunakan.

Jadi di sini dikongsikan cara menebus e-dompet RM50 itu menerusi aplikasi Boost.

Untuk melayakkan anda menebus e-dompet RM50 menerusi aplikasi Boost, anda juga perlulah memuat turun dan telah mendaftar dalam aplikasi MySejahtera.

Cara Daftar Aplikasi MySejahtera Di Telefon Pintar

Untuk pengguna yang sudah sedia menggunakan Boost.

Sebelum menuntu e-Dompet tersebut, pastikan akaun Boost anda itu telah disahkan terlebih dulu untuk layak menuntut e-dompet RM50 itu.

Untuk menyemak akaun Boost anda disahkan ataupun tidak, tap pada ikon Profile di dalam aplikasi Boost dan pilih My Wallet.

 

WhatsApp Image 2020-07-31 at 07.13.20

 

Selepas akaun Boost disahkan, barulah anda dapat membuat tuntuan e-Dompet RM50 itu.

WhatsApp Image 2020-07-31 at 12.19.39

Selepas permohonan dibuat, e-Dompet RM50 itu akan dikreditkan ke dalam akaun Boost anda dalam tempoh 5 hari selepas permohonan dibuat.

Untuk pengguna yang pertama kali menggunakan aplikasi Boost.

Untuk pengguna yang pertama kali menggunakan aplikasi Boost dan mahu menuntut e-Dompet tersebut menerusi aplikasi ini, anda perlu memuat turun aplikasi Boost dan memasangnya ke dalam telefon pintar anda.

Kemudian selepas siap dipasang, anda tap pada ikon Profail dan pilih “My Wallet“. WhatsApp Image 2020-07-31 at 07.13.20

Kemudian di bahagian My Wallet, tap pada butang “Upgrade to Premium Wallet”.

 

WhatsApp Image 2020-07-31 at 07.17.41

Seterusnya, anda perlu memaut naik gambar Kad Pengenalan serta video pendek swafoto anda untuk pengesahan.

boost step

Malah anda juga perlu memasukkan kredit minimum RM20 ke dalam akaun Boost anda.

WhatsApp Image 2020-07-31 at 08.02.16 (2)

Selepas selesai kesemua di atas, anda perlu menunggu pengesahan akaun terlebih dulu (akan mengambil sedikit masa) sebelum akaun anda dapat dinaik taraf ke akaun Premium Boost.

WhatsApp Image 2020-07-31 at 12.54.36

Selepas proses pengesahan selesai, barulah anda dapat menuntut e-dompet RM50 tersebut.

Selamat mencuba.

Cara Menuntut e-Dompet RM50 Menerusi Aplikasi Boost

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY