Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menonton Netflix Bersama Rakan – Rakan Diatas Talian

Cara Menonton Netflix Bersama Rakan – Rakan Diatas Talian

Diterbitkan Mac 22, 2020 oleh Tips Gajet

Memandangkan isu Covid19 semakin teruk, sebarang pertemuan dengan rakan – rakan akan terbatas oleh kerana kita semua perlu berada dirumah masing – masing. Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak menjadi penghalang kepada anda yang ingin menonton filem atau rancangan kegemaran bersama, ini kerana pelayar Chrome menyediakan kemudahan yang membolehkan anda menonton Netflix Bersama – sama secara atas talian.

Berikut kami kongsikan caranya, pertama sekali buka pelayar Chrome dan muat turun Extension berikut

Netflix party Extension

Cara Menonton Netflix Bersama Rakan – Rakan Diatas Talian

Klik shaja pada menu Add Extension

Cara Menonton Netflix Bersama Rakan – Rakan Diatas Talian

Setelah selesai proses pemasangan, maka akan muncul ikon NP pada bahagian atas pelayar. Buka laman Netflix dan mainkan mana – mana rancangan yang anda inginkan, maka ikon NP tersebut akan bertukar kepada merah. Klik ikon tersebut dan klik pada ikon Start Party

Cara Menonton Netflix Bersama Rakan – Rakan Diatas Talian

 

Netflix akan mengahsilkan pautan untuk anda kongsikan kepada mana – mana rakan yang ingin memonton bersama.  Apapun pastikan rakan – rakan anda telah memasang terlebih dahulu Extension tersebut sebelum membolehkan mereka menonton bersama dengan anda.

Cara Menonton Netflix Bersama Rakan – Rakan Diatas Talian

Extension tersebut juga membolehkan anda berbual bersama dengan rakan – rakan semasa menonton Netflix.

Cara Menonton Netflix Bersama Rakan – Rakan Diatas Talian

Apabila anda ingin menamatkan tayangan tersebut klik sahaja pada tombol Disconnect, selesai.

Cara Menonton Netflix Bersama Rakan – Rakan Diatas Talian

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY