Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Group Info

Cara Menghalang Ahli WhatsApp Ubah ‘Group Info’

Diterbitkan Februari 22, 2021 · Dikemas kini Februari 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Setiap dalam kalangan kita, pasti mempunyai kumpulan WhatsApp dan dalam kumpulan WhatsApp yang disertai, akan tertera maklumat kumpulan atau group info.

Pada asasnya, WhatsApp membenarkan maklumat ini boleh diubah oleh mana-mana ahli kumpulan.

Namun, jika anda seorang pentadbir kumpulan (Admin) yang mementingkan perkara ini, anda boleh menghalang ahli kumpulan anda untuk mengubah group info tersebut sesuka hati.

Berikut adalah cara-cara bagaimana untuk berbuat demikian:

Mula-mula, buka aplikasi WhatsApp di telefon pintar anda sama ada Android atau iOS.

Klik kumpulan WhatsApp yang ingin diubah tetapan dan klik pada nama kumpulan tersebut.

Cara Menghalang Ahli WhatsApp Ubah ‘Group Info’

Kemudian, tatal ke bawah sehingga anda lihat ‘group settings’ dan klik pada bahagian ini.

Cara Menghalang Ahli WhatsApp Ubah ‘Group Info’

Seterusnya, klik ‘edit group info’ dan pilih ‘only admins’.

Cara Menghalang Ahli WhatsApp Ubah ‘Group Info’
Cara Menghalang Ahli WhatsApp Ubah ‘Group Info’

Setelah tetapan sudah diubah, WhatsApp akan memberitahu dalam kumpulan perbualan tersebut yang mana hanya ‘admins‘ sahaja boleh menyunting maklumat kumpulan WhatsApp.

Cara Menghalang Ahli WhatsApp Ubah ‘Group Info’

Selain daripada maklumat kumpulan, ahli-ahli WhatsApp juga tidak lagi dapat mengubah nama kumpulan serta ikon.

Untuk mengembalikan perbualan dalam kumpulan WhatsApp, pilih semula ‘all participants‘ pada tetapan group.

Perlu diingatkan, fungsi ini hanya dapat dilihat dan diubah oleh admin kumpulan sahaja.

Dengan ini, tiada lagi maklumat, nama atau ikon kumpulan yang diubah sesuka hati oleh ahli-ahli WhatsApp.

Itu sahaja yang dapat dikongsikan pada kali ini. Semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY