Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mengesan Lokasi Dan Memadam Data Peranti Yang Dicuri

Cara Mengesan Lokasi Dan Memadam Data Peranti Yang Dicuri

Diterbitkan Disember 18, 2018 · Dikemas kini Disember 18, 2018 oleh Tips Gajet

Kejadian peranti pintar dicuri sememangnya selalu terjadi, dan ianya adalah “malapetaka” sekiranya peranti tersebut menyimpan pelbagai data sulit dan peribadi.

Walaubagaimanapun, sebagai pengguna Android, apa yang perlu anda lakukan ialah jangan panik, ikuti langkah berikut untuk memastikan akaun Google anda tidak disalahgunakan oleh si pencuri.

Pertama sekali dapatkan peranti pintar daripada kawan ataupun boleh sahaja gunakan PC dengan capaian internet. Buat carian Find My Device, maka akan muncul paparan berikut. pilih URL seperti dalam kotak dibawah.

Cara Mengesan Lokasi Dan Memadam Data Peranti Yang Dicuri

 

Anda akan masuk ke laman khas oleh Google untuk menguruskan peranti yang hilang atau dicuri. Terdapat tiga pilihan menu untuk anda pilih.

Cara Mengesan Lokasi Dan Memadam Data Peranti Yang Dicuri

 

Kepada anda yang ingin mengesan lokasi peranti boleh rujuk pada peta lokasi yang dipaparkan, manakala untuk log keluar daripada akaun Google anda pada peranti, pilih menu Secure Device dan sekiranya ingin memadam segala isi kandungan peranti tersebut klik sahaja pada menu Erase Device, selesai.

Cara Mengesan Lokasi Dan Memadam Data Peranti Yang Dicuri

 

Apapun, pastikan anda lakunya dengan segera setelah sedar peranti dicuri, kerana sekiranya peranti sudah di Shutdown oleh si pencuri, kaedah diatas tidak dapat dilakukan.

Irulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB
  • Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric
  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
  • Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia
  • Cara Lapor Kesalahan Merokok Melalui 'MyLapor'
  • Spotify Sahkan Tindakan Perketat Perkongsian Pelan Family, Tapi Anggapnya Sebagai ‘Penambahbaikan Rutin’
  • Finland Luluskan Lesen Tapak Pelupusan Sisa Nuklear Pertama Di Dunia, Radiasi Kekal Sehingga 100,000 Tahun
  • Waze Nafi Dakwaan Kumpul Maklumat Sensitif Kerajaan
©2026 WISER.MY