Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Kini Mempunyai Lebih 2 Bilion Pengguna Secara Global

Cara Mengaktifkan Ciri Pengesahan 2 Langkah Aplikasi WhatsApp

Diterbitkan Oktober 28, 2020 · Dikemas kini Oktober 28, 2020 oleh ariff bukhari

Ciri pengesahan 2 langkah (2FA) mula diperkenalkan WhatsApp pada lewat November 2016 dahulu. Walaubagaimanapun ciri itu hanya boleh diaktifkan oleh pengguna WhatsApp di platfom peranti pintar Android sahaja ketika itu.

Hanya tidak lama kemudian iaitu dalam bulan Februari 2017, barulah ciri pengesahan 2 langkah WhatsApp ditawarkan pula kepada pengguna telefon pintar iOS.

Ciri pengesahan 2 langkah itu adalah salah satu ciri yang diperkenalkan WhatsApp bagi meningkatkan keselamatan data akaun pengguna WhatsApp.

Apabila ciri 2FA WhatsApp diaktifkan, pengguna perlu memasukkan PIN khas setiap kali anda log masuk ke dalam aplikasi WhatsApp pada peranti baru.

Jadi adalah penting bagi anda ingat PIN yang telah anda tetapkan pada ciri 2FA WhatsApp.

Berikut adalah cara mengaktifkan ciri pengesahan 2 langkah aplikasi WhatsApp:-

1. Buka tetapan WhatsApp.

WhatsApp Image 2020-10-28 at 20.35.06

2. Tap pada Akaun > Pengesahan dua langkah > DAYAKAN (ENABLE) untuk mengaktifkannya.

2fa whatsapp

3. Seterusnya, anda perlu masukkan 6 digit nombor PIN dan sahkannya. Anda juga disyorkan untuk terus sahaja memasukkan alamat e-mel untuk ciri Pengesahan dua langkah WhatsApp.

Ini kerana ia akan dapat membantu anda menetapkan semula nombor PIN itu sekiranya anda terlupa.

Tetapi jika anda rasa tidak perlu (ingatan tu kuat sangat) bolehlah langkau sahaja langkah memasukkan e-mel itu. Ini kerana anda masih boleh lakukannya pada masa lain.

2fa whatsapp3

4. Akhir sekali, selepas selesai semua langkah tersebut, anda kini telah berjaya mengaktifkan ciri Ciri pengesahan 2 langkah sekaligus meningkatkan lagi ciri keselamatan aplikasi WhatsApp dalam telefon pintar anda.

Cara Mengaktifkan Ciri Pengesahan 2 Langkah Aplikasi WhatsApp

Selamat mencuba.

P/s: WhatsApp secara automatik masih akan meminta anda memasukkan 6 digit nombor PIN Pengesahan dua langkah secara berkala. Bermakna tidak semestinya WhatsApp akan meminta anda memasukkan nombor PIN tersebut apabila mendaftarkannya dalam telefon pintar baharu.

WhatsApp Image 2020-10-28 at 22.06.15

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY