Cara Membuat Tetapan Nama Lalai Baru Pada "New Folder"

Kepada anda yang inginkan kelainan pada nama "New Folder" ketika menghasilkan Folder baru pada windows, berikut kami kongsikan cara untuk melakukan sedikit modifikasi ringkas pada Windows Registry.

Pertama sekali masuk ke menu Regedit.



Pada paparan Registry Editor, tampalkan kod berikut dan tekan Enter.
HKEY_CURRENT_USER\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer

Seterusnya klik pada folder "Naming Templates".



Pada paparan Nmaing Templates klik kanan pada ruangan sebelah kanan kemudian pilih New > String Value. Namakannya sebagai “RenameNameTemplate”.



Seterusnya Double-click pada fail “RenameNameTemplate” yang anda ciptakan sebentar tadi masukkan nama baru bagi setiap folder baru yang akan anda ciptakan dikemudian hari pada ruanfan Value data disusuli dengan menekan tombol OK.



Akhir sekali tutup tetingkap Registry editor. Dengan itu setiap kali anda mencipta folder baru, nama baru akan dipaparkan sebagai ganti "New Folder".



 

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kamai kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan