Cara Membuat Permohonan i-Sinar Secara Dalam Talian

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada awal bulan ini telah mengumumkan permohonan dalam talian i-Sinar boleh dibuat mulai 21 Disember 2020.

Terdapat dua kategori permohonan iaitu Kategori 1 dan Kategori 2. Kedua-dua kategori ini tidak perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan. Bagaimanapun, permohonan bagi Kategori 2 belum lagi dibuka.

Akan tetapi, bagi anda yang ingin membuat permohonan Kategori 1 dengan maksimum RM10,000 pengeluaran, ianya sudah boleh dibuat mulai 21 Disember 2020.

Sebelum membuat permohonan, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit di cawangan atau kios KWSP terlebih dahulu. Selain itu, anda juga perlu memastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran adalah masih aktif, milik anda dan bukan akaun bersama.

Kemudian, ikuti beberapa langkah mudah di bawah untuk membuat permohonan i-Sinar bagi Kategori 1.

Cara membuat permohonan i-Sinar


Layari laman web rasmi isinar.kwsp.gov.my.

cara mohon i Sinar

Masukkan nombor kad pengenalan/MyPR dan nombor telefon yang telah didaftarkan. Tekan "TERUSKAN" dan anda perlu menjawab beberapa soalan keselamatan ATAU isikan nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan "SAHKAN OTP".

Setelah itu, anda perlu mengikuti beberapa langkah untuk memulakan permohonan.

Bagi langkah pertama, amaun Kelayakan Keseluruhan akan dipaparkan. Anda perlu menetapkan amaun pilihan bagi pengeluaran Akaun 1. Gerakkan butang yang tersedia untuk memilih amaun. Tatal ke bawah dan di bahagianĀ Jadual Bayaran tetapkan amaun bayaran bulan pertama, tekan "TERUSKAN".

Langkah kedua, isi Maklumat Permohonan termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan/MyPR, alamat e-mel, nombor telefon dan sebagainya. Lengkapkan Maklumat Pembayaran seperti nama dan nombor bank.



Pada langkah ketiga, semak semua maklumat yang telah diisi dan tandakan pada pengesahan maklumat tersebut. Akhir sekali, tekan "HANTAR".

Permohonan anda telah diterima dan status permohonan boleh disemak mulai 4 Januari 2021.

Sumber: KWSP 1, KWSP 2