Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Membuat “Harddisk Partition” Pada Windows 10

Cara Membuat “Harddisk Partition” Pada Windows 10

Diterbitkan Disember 30, 2017 · Dikemas kini Disember 30, 2017 oleh Tips Gajet

Dari tahun ke tahun Microsoft telah menaik taraf sistem operasi Windows nya, dan yang terkini ialah Windows 10. Versi Windows tersebut dikatakan setanding dengan apa yang di tawarkan oleh Apple.

Windows 10 hadir dengan fungsi antara muka yang sangat menarik dan pantas, boleh dikatakan ianya jauh berbeza dengan versi Windows yang sebelum ini. Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara untuk anda membuat pecahan pada storan ataupun biasa dikenali sebagai “Disk Partition” pada komputer Windows 10.

Sesuai sangat untuk anda menyimpan fail-fail mustahak secara berasingan pada PC dirumah. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Pertama sekali yang harus dilakukan, klik Start kemudian pilih Create and format hard disk partitions, dan tekan Enter.

Cara Membuat “Harddisk Partition” Pada Windows 10

Kemudian pilih Drive yang ingin anda pecahkan sebagai Partition dan pilih Shrink Volume.

Cara Membuat “Harddisk Partition” Pada Windows 10

Seterusnya tentukan saiz Partition yang anda ingin ambil daripada Drive asal.

Cara Membuat “Harddisk Partition” Pada Windows 10

Apabila muncul paparan berikut, klik kanan pada Unallocated space, dan pilih New Simple Volume.

Cara Membuat “Harddisk Partition” Pada Windows 10

Kemudian Klik Next.

Cara Membuat “Harddisk Partition” Pada Windows 10

Tentukan saiz Drive yang anda ingin jadikan Partition.

Cara Membuat “Harddisk Partition” Pada Windows 10

Pilih huruf untuk mewakili Partition baru tersebut.

Cara Membuat “Harddisk Partition” Pada Windows 10

 

Seterusnya pilih sistem NTFS dan tandakan kotak Perform a quick format kemudian klik Next

Cara Membuat “Harddisk Partition” Pada Windows 10

Klik pada butang Finish, selesai.

Cara Membuat “Harddisk Partition” Pada Windows 10

 

Sangat senang bukan? Itulah sahaja sedikit perkongsian dariapda kami kali ini. Selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY