Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Membuang Garisan “Hyperlink” Pada Slaid Powerpoint

Cara Membuang Garisan “Hyperlink” Pada Slaid Powerpoint

Diterbitkan Mac 10, 2020 oleh Tips Gajet

Kepada anda yang tidak inginkan perkataan hyperlink mempunyai garisan dibawahnya, berikut kami kongsikan tips untuk menghapuskan garisan hyperlink pada Powerpoint.

Pertama sekali kenal pasti perkataan yang ingin dimasukkan hyperlink, sebagai contohnya pada slaid dibawah kami ingin jadikan perkataan Wiser.my sebagai hyperlink.

Cara Membuang Garisan “Hyperlink” Pada Slaid Powerpoint

Bina satu kotak yang menindih perkataan tersebut, kemudian masuk ke bahagian menu Format.

Cara Membuang Garisan “Hyperlink” Pada Slaid Powerpoint

Pada paparan berikut, pilih fungsi No Line dan No Fill, yang mana ia akan menjdaikan kotak tersebut tidak kelihatan lagi pada Slaid.

Cara Membuang Garisan “Hyperlink” Pada Slaid Powerpoint

Kemudian klik kanan pada kotak “halimunan” tersebut,  dan pilih menu Link.

Cara Membuang Garisan “Hyperlink” Pada Slaid Powerpoint

Pada paparan berikut, masukkan alamat laman sesawang yang anda ingin sambungkan atau pilih mana – mana destinasi yang anda berkenan dan akhir sekali klik tombol OK.

Cara Membuang Garisan “Hyperlink” Pada Slaid Powerpoint

dengan itu perkataan wiser.my yang telah ditindih oleh kotak tersebut secara tidak langsung akan disambung ke menu yang anda tetapkan tadi, tanpa sebarang garisan yang timbul dibawah garis tersebut.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY