Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Melakukan “Hard Refresh” Pada Pelayar Internet

Posted on Mei 29, 2020Mei 29, 2020

Kadang – Kadang apabila kita melakukan proses segar semula atau Refresh pada sesuatu laman sesawang, maklumat terkini tidak dipaparkan. In kerana walaupun sudah di segar semula, maklumat yang dipaparkan masih diambil pada ingatan Cache iaitu simpanan maklumat sementara bertujuan untuk melakukan proses dengan lebih laju.

Namun begitu masalah dengan ingatan cache ini ia menyebabkan maklumat terkini tidak dapat dipamerkan oleh laman sesawang secara langsung sekiranya terdapat perubahan seperti kemaskini terbaru oleh laman tersebut. Berikut kami kongsikan cara untuk melakuan “Hard Refresh” untuk mengelakkan pelayar daripada mengambil maklumat pada Cache.

Apa yang perlu lakukan ialah dengan menekan kekunci Shift disusuli menekan ikon Refresh secara serentak. Dengan itu laman tersebut akan di segarkan semula secara menyeluruh yang mana anda akan dapati proses tersebut akan mengambil masa sedikit laman berbanding Refresh yang biasa

Dengan itu maklumat terkini yang yang dikemaskinikan oleh laman tersebut akan dipaparkan. Kaedah ini terpakai untuk Mac dan PC.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress