Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mainkan Permainan Dan Ciri Tersembunyi Di Dalam Android 10

Cara Mainkan Permainan Dan Ciri Tersembunyi Di Dalam Android 10

Diterbitkan Februari 7, 2020 ยท Dikemas kini Februari 9, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sejak 2010 lagi, Google sudah memulakan tradisi menyediakan Easter Egg pada setiap versi Android yang ditawarkan. Ia berupa jenaka, mesej tersembunyi, imej atau ciri rahsia. Bagi sistem operasi terbaru iaitu Android 10, mereka telah menyertakan sebuah permainan teka-teki iaitu Nonogram.

Bagi anda yang mahu mencuba permainan ini. Boleh ikuti langkah berikut.

1. Pergi ke bahagian Settings

2. Kemudian tekan About Phone

3. Tekan Android Version berulang kali sehingga terpapar “Android 10”.

Cara Mainkan Permainan Dan Ciri Tersembunyi Di Dalam Android 10

4. Sentuh 2 kali pada nombor “1” (sentuhan kedua anda perlu tahan, jangan angkat jari), nombor tersebut akan berpusing.

5. Letakkan nombor satu tersebut pada “0” untuk menjadikan huruf “Q“.

Cara Mainkan Permainan Dan Ciri Tersembunyi Di Dalam Android 10

6. Selepas itu sentuh 6 kali pada “Q” dan permainan teka-teki Nonogram akan muncul.

Cara Mainkan Permainan Dan Ciri Tersembunyi Di Dalam Android 10

Teka-teki ini memerlukan anda memenuhkan kotak kosong berpandukan nombor yang diberi. Ia akan membentuk pelbagai objek. Contoh seperti dibawah.

Cara Mainkan Permainan Dan Ciri Tersembunyi Di Dalam Android 10

Android belum dapat lagi Android 10? Bagi Android Pie 9, Easter Egg yang diberikan berupa antaramuka untuk anda melukis. Untuk gunakannya, ikuti langkah 1 hingga 3 seperti diatas.

Cara Mainkan Permainan Dan Ciri Tersembunyi Di Dalam Android 10

Selepas itu, sentuh berulang kali pada logo “P” sehingga paparan seterusnya keluar. Anda kini boleh menghiburkan hati dengan melukis.

Cara Mainkan Permainan Dan Ciri Tersembunyi Di Dalam Android 10

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY