Oleh itu, di bawah ini kami sediakan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan iklan dalam peranti iOS.
Pop-up di Safari
Pop-up boleh menjadi sebuah iklan, pemberitahuan, tawaran, atau peringatan yang terbuka di pelayar, tetingkap atau tab lain. Ada antara pop-up yang merupakan iklan pihak ketiga dimana ia menggunakan taktik pancingan data (phishing) seperti amaran atau hadiah dan sebagainya.
Di bawah ini adalah tips tambahan yang boleh membantu anda untuk menguruskan pop-up di pelayar Safari.
Pergi ke Settings > Safari dan di bahagian General, aktifkan Block Pop-ups. Seterusnya, tatal ke bawah dan aktifkan Fraudulent Website Warning pada bahagian Privacy & Security.
Limit Ad Tracking
Dengan mengaktifkan Limit Ad Tracking, iklan tidak disekat sepenuhnya. Bagaimanapun, ia dapat mengurangkan iklan yang berdasarkan minat anda pada App Store dan Apple News.
Untuk mengaktifkan fungsi ini, hanya perlu ke Setting > Privacy > Advertising. Setelah itu, aktifkan Limit Ad Tracking.
Hentikan iklan yang berdasarkan lokasi
Iklan berdasarkan lokasi menggunakan Location Services untuk menyampaikan iklan yang disesuaikan dengan lokasi anda berada. Namun, anda boleh memilih untuk mematikan iklan ini jika diperlukan.
Pergi ke Settings > Privacy > Location Services > System Services. Kemudian, nyahaktifkan Location-Based Apple Ads.
Bagi anda yang ingin menyekat iklan pop-up pada peranti Android, ikuti beberapa langkah yang boleh dilakukan melalui pautan ini.
Sumber: Apple
Berkaitan
- Apple Akhirnya Mengalah, iPhone Akan Sokong RCS Tahun Depan
- Cara Tetapkan Kata Laluan Dan Kunci Nota Pada Aplikasi Notes Di iPhone
- Satu Lagi Ciri Baharu Akan Diperkenal Untuk iOS, Mudahkan Panggilan Video Di WhatsApp
- Cara Gunakan Mod Picture in Picture Pada iOS 14
- Apple Sahkan Acara Pelancaran iPhone 15 Akan Berlangsung Dua Minggu Lagi
- Kemaskini iOS 14.2 Dilepaskan Dengan Pelbagai Ciri Baharu Dan Baik Pulih Pepijat
- Cara Hasilkan Ikon Aplikasi Pada Home Screen iPhone Dengan Lebih Kreatif
- Kemas Kini Tersedia, Ini Yang Baharu Dalam iOS 16.4
- Tiada Pengecas Dalam Kotak iPhone 12, Adakah Hanya Gimik Alam Sekitar?
- Mahu Kekalkan Kualiti Paparan iPhone 14 Pro, Apple Dilapor Minta Samsung Guna Kaedah Lebih Maju