Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Kongsi Aplikasi Guna Nearby Share Pada Peranti Android

Cara Kongsi Aplikasi Guna Nearby Share Pada Peranti Android

Diterbitkan Februari 18, 2021 · Dikemas kini Februari 18, 2021 oleh Amalina Athman

Tahun lalu, Google dilaporkan sedang membangunkan ciri perkongsian aplikasi dengan menggunakan Nearby Share pada Google Play Store. Terkini, fungsi tersebut secara rasmi sudah boleh digunakan pada semua peranti Android.

Menerusi ciri ini, ia membolehkan perkongsian aplikasi antara peranti Android dengan menggunakan Nearby Share. Menariknya, anda juga tidak perlu menggunakan data internet atau Wi-Fi untuk berkongsi aplikasi melalui Nearby Share.

Perlu diketahui, untuk menggunakan perkongsian ini, anda perlu membenarkan akses lokasi kepada Google Play. Setelah itu, ikuti beberapa langkah di bawah untuk mula berkongsi aplikasi menggunakan Nearby Share.

Cara kongsi aplikasi guna Nearby Share

Untuk berkongsi aplikasi menggunakan Nearby Share, perlu mempunyai dua peranti iaitu penghantar dan penerima. Berikut adalah langkah yang diperlukan.

Penghantar

1. Pertamanya, buka aplikasi Google Play pada kedua-dua peranti Android penerima dan penghantar.

2. Kemudian, pilih “My apps & games” di bahagian menu.

cara share apps guna nearby share

3. Setelah itu, pergi ke tab “Share” dan tekan “Send” untuk menghantar aplikasi yang telah dimuat turun. Seterusnya, tekan “Continue”.

Cara Kongsi Aplikasi Guna Nearby Share Pada Peranti Android

4. Di langkah seterusnya, penghantar perlu menandakan aplikasi yang ingin dihantar. Perlu diketahui, tidak semua aplikasi boleh dihantar melalui Nearby Share.

cara share apps guna nearby share

Setelah selesai memilih aplikasi, tekan pada ikon hantar serta cari dan pilih peranti yang akan menerima aplikasi tersebut.

5. Tunggu sehingga “Pairing code” diterima sebelum aplikasi dihantar.

Cara Kongsi Aplikasi Guna Nearby Share Pada Peranti Android

Penerima

1. Bagi penerima, ulang langkah 1 hingga 3 di atas. Di bahagian tab “Share”, tekan pada “Receive” dan “Continue”.

cara share apps guna nearby share

2. Aktifkan lokasi untuk meneruskan langkah seterusnya dan tunggu sehingga penghantar menghantar aplikasi.

Cara Kongsi Aplikasi Guna Nearby Share Pada Peranti Android

3. Kemudian tekan “Receive” atau “Accept” apabila menerima “Pairing code”. Setelah menerima aplikasi, tekan pada butang “Install” bagi setiap aplikasi atau “Install All” untuk memasang semua aplikasi yang diterima.

cara share apps guna nearby share

Setelah selesai berkongsi aplikasi, tekan “Disconnect” untuk nyahaktifkan Nearby Share.

Dengan perkongsian aplikasi melalui Nearby Share, ianya adalah lebih pantas berbanding muat turun secara terus di Google Play menggunakan internet.

Itu sahaja tips pada kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY