Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Jadualkan Hantaran Emel Pada Gmail

Cara Jadualkan Hantaran Emel Pada Gmail

Diterbitkan Februari 29, 2020 oleh Helmi Samsuri

Hantaran e-mel diluar waktu kerja sesuatu yang tidak patut dilakukan. Namun jika tidak dilakukan, si penghantar mungkin terlupa untuk berbuat demikian pada masa yang lain.

Bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku, Gmail telah menyediakan ciri menjadualkan penghantara emel. Ciri ini sedia ditawarkan sejak tahun lalu lagi dimana sebelum ini, penjadualan emel memerlukan perisian pihak ketiga.

Cara menjadualkannya sangat mudah dan anda boleh lihat langkah dibawah.

Komputer

1. Buka Gmail di komputer dan karanglah emel anda itu.

2.  Setelah itu, tekan butang tiga segi seperti dibawah.

Jadual Gmail.

 

3. Pilih Schedule send.

4. Tetapkan tarikh yang anda mahukan.

Jadual Gmail

Telefon pintar

1. Buka aplikasi Gmail di peranti mudah alih anda.

2. Selepas selesai mengarang emel, pergi ke ikon titik tiga bertindih pada penjuru atas kanan.

Jadualkan Gmail

3. Pilih Schedule send dan tetapkan tarikh serta waktu pada paparan seterusnya.

Mudah bukan? Anda kini tidak lagi mengganggu penerima lebih-lebih lagi pada cuti hujung minggu ini. Kongsikan pada rakan anda yang gemar hantar emel diluar waktu kerja.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY