Cara Hasilkan 'Speak Text' Siri Apabila iPhone Disambungkan Ke Pengecas

Mungkin masih ramai yang belum tahu, pelbagai perkara boleh dilakukan melalui aplikasi Shortcuts. Antaranya termasuk membolehkan Siri bercakap apabila iPhone anda disambungkan ke pengecas.

Berbanding audio ikonik biasa yang didengar setiap kali iPhone disambungkan ke pengecas, anda boleh meletakkan apa-apa teks untuk dialihkan kepada suara Siri.

Sebelum memulakan langkah untuk menghasilkan Speak Text Siri, perlu diketahui iPhone anda perlu menjalankan sistem operasi iOS 14.

Hasilkan "Speak Text" Siri di iPhone


Untuk menghasilkan suara siri apabila iPhone atau iPad disambung ke pengecas, ikut beberapa langkah di bawah.

1. Pertamanya, buka aplikasi "Shortcuts" dan pergi ke tab "Automation". Pilih "Create Personal Automation", kemudian tatal ke bawah dan tekan pada "Charger".



2. Pilih untuk menghasilkan suara Siri ketika peranti "Is Connected", "Is Disconnected" atau kedua-duanya mengikut kesesuaian anda. Seterusnya, tekan pada "Add Action".



3. Cari "Speak Text" dan tekan pada butang tersebut.



4. Setelah itu, masukkan apa sahaja teks yang ingin dialihkan sebagai suara. Sebagai contoh, kami memasukkan teks "Your Phone Is Charging". Tekan "Show More" untuk menyesuaikan tetapan seperti suara dan sebagainya. Kemudian tekan ikon "play" untuk memainkan semula audio berkenaan dan tekan "Next".

Speak Text Siri

5. Di bahagian terakhir, pergi ke "Ask Before Running" dan pilih "Don't Ask". Setelah itu, tekan pada "Done".

Speak Text Siri

iPhone atau iPad anda kini akan memainkan suara Siri yang telah ditetapkan apabila disambungkan kepada pengecas.



Anda mungkin mendengar Speak Text yang agak perlahan apabila peranti disambungkan ke pengecas.

Speak Text Siri

Sebagai tambahan, anda boleh menaikkan volume suara Siri dengan cara bercakap dengan siri "Turn up your volume", kemudian laraskan volume pada slider yang terpapar.

Selesai. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan komen jika anda ada sebarang persoalan mengenai tips ini atau tips yang lain.