Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG_1857 (1)yyy

Cara Hasilkan Pelekat Sendiri Di Aplikasi WhatsApp

Diterbitkan Mac 4, 2021 ยท Dikemas kini Mac 5, 2021 oleh Amalina Athman

Sejak diperkenalkan beberapa tahun lepas, ruangan perbualan di aplikasi WhatsApp menjadi lebih ceria dengan penggunaan pelekat yang pelbagai.

Namun, jika pelekat-pelekat yang disediakan tidak cukup, anda juga boleh mencipta pelekat dengan wajah sendiri, ahli keluarga mahupun kenalan yang lain.

Bagi anda yang belum tahu, di bawah ini kami sediakan beberapa langkah mudah untuk menghasilkan pelekat sendiri di aplikasi WhatsApp.

Hasilkan pelekat sendiri di WhatsApp

Sebagai langkah pertama, anda perlu memuat turun aplikasi Sticker Maker di Google Play Store atau App Store terlebih dahulu.

Setelah itu, buka aplikasi tersebut dan tekan pada “Create a new sticker pack”. Letakkan nama pek pelekat dan pencipta. Sebagai contoh, kami menamakan pek pelekat sebagai WiserMY dan dihasilkan oleh Wiser.

Cara Hasilkan Pelekat Sendiri Di Aplikasi WhatsApp

Kemudian, tetapkan “Tray icon” dan pilih gambar yang diinginkan untuk mula menghasilkan pelekat.

cara buat pelekat di WhatsApp

Di langkah seterusnya, anda boleh mula memotong pelekat dengan cara memilih salah satu daripada lima pilihan yang ada. Untuk lebih mudah, anda boleh pilih sahaja “Smart Select” dan tambah teks atau outline jika diperlukan. Setelah selesai, tekan “Save Sticker” untuk menyimpan pelekat tersebut.

Cara Hasilkan Pelekat Sendiri Di Aplikasi WhatsApp

Ulang langkah yang sama seperti di atas dan setelah selesai menambah gambar dan menyunting semua pelekat, pilih “Add to WhatsApp” dan tekan “Save”.

cara buat pelekat di WhatsApp

Kini, pelekat tersebut sudah boleh digunakan pada setiap perbualan di aplikasi WhatsApp.

Cara Hasilkan Pelekat Sendiri Di Aplikasi WhatsApp

Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY