Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Hantar Pautan Video YouTube Dan Tentukan Minit Video Dimainkan

Cara Hantar Pautan Video YouTube Dan Tentukan Minit Video Dimainkan

Diterbitkan Januari 21, 2019 · Dikemas kini Januari 21, 2019 oleh Helmi Samsuri

Anda menonton video di YouTube di komputer. Sedang asyik menonton, terdapat satu babak menarik yang inginkan dikongsikan kepada keluarga atau rakan.

Selalunya anda akan terus kongsikan pautan tersebut kepada mereka sambil menyatakan “Weh tengok minit ke 3.45, ada benda best” ataupun “Pergi terus minit 1.18, kelakar weh”. Masih tidak faham? Klik sini untuk contoh.

Apabila pautan ditekan, video akan dimainkan pada minit yang telah ditetapkan dan bukannya bermula dari 0.01.

Kaedah 1

Untuk menghantar pautan itu, buka YouTube di komputer, ketika babak itu dipaparkan, tekan butang Share.

Screenshot 2019-01-21 at 3.13.05 PM

Screenshot 2019-01-21 at 3.13.14 PM

Paparan perkongsian akan muncul dan dibawahnya terdapat pilihan Start at. Klik pada kotak tersebut dan pautan akan bertukar mengikut masa yang ditetapkan.

Screenshot 2019-01-21 at 3.13.27 PM

Sesudah itu, anda boleh terus berkongsi pada platform yang ditawarkan diatasnya atau salin pautan untuk dihantar ke platform media sosial lain.

Kaedah 2 (lebih senang)

  • Pause video pada babak yang dimahukan.
  • Pada paparan menu seperti dibawah, pilih Copy video URL at current time dan anda boleh pautan untuk dihantar.

Screenshot 2019-01-21 at 3.32.23 PM

 

Sumber gambar utama: ToTheNew

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY