Cara Guna 'Touchpad Gestures' Pada Komputer Riba Untuk Windows 10

Bagi anda yang mempunyai komputer riba, mungkin kurang biasa untuk menggunakan touchpad disebabkan kurang praktikal berbanding tetikus.

Namun, tahukah anda sebenarnya touchpad untuk Windows 10 juga sama hebatnya dengan trackpad di Apple Macbook terutama dari segi penggunaan gestures.

Oleh itu, kami di sini akan memberikan cara bagaimana menggunakan gestures ini dalam memudahkan kerja harian anda.

Terlebih dahulu, anda harus memastikan sama ada komputer riba anda menyokong atau tidak precision touchpads. Untuk mengetahuinya, pergi ke settings>devices>mouse & touchpad.



Setelah anda semak, ikuti langkah atau shortcuts bagi kegunaan gestures di touchpad:

Tap satu jari di touchpadPilih item (sama fungsi left-click di tetikus)

Tap dua jari di touchpad - Tunjuk lebih banyak arahan (sama fungsi right-click di tetikus)

Kapsyen: Right Click


Swipe ke atas atau ke bawah dengan dua jari - Tatal halaman ke atas atau ke bawah

Swipe ke atas dengan tiga jari - Tunjuk aktiviti baru dilakukan atau buka windows melalui windows timeline

Kapsyen: Windows Timeline


Picit atau regangkan dua jari - Zum ke dalam atau zum keluar

Kapsyen: Untuk zum


Swipe ke bawah dengan tiga jariMinimize windows untuk papar desktop

Swipe kiri atau kanan dengan tiga jari - Beralih windows yang dibuka (sama fungsi Alt+Tab)

Kapsyen: Alt+Tab


Tap tiga jari pada touchpad - Buka Cortana atau search

Kapsyen: Windows 10 Cortana


Tap empat jari pada touchpad - Buka Action Center

Kapsyen: Windows Action Center


Swipe kiri atau kanan dengan empat jari - Beralih kepada semua virtual desktop

Kapsyen: Virtual Desktop


Itu sahaja yang dapat dikongsikan kami pada kali ini. Selamat mencuba.

 

Berkaitan