Cara Guna Touch n Go eWallet Pada Play Store Dan App Store

Seperti yang anda tahu, Play Store dan App Store perlu membuat pembayaran dengan menggunakan kad debit, kad kredit atau nombor telefon.

Akan tetapi, terdapat sesetengah pengguna tidak mahu menghubungkan kad debit atau nombor telefon mereka kerana bimbang duit ditolak tanpa diketahui.

Namun, tahukah anda bahawa Touch n Go (TnG) eWallet sebenarnya boleh digunakan sebagai alat pembayaran pada Play Store dan App Store?

Pembayaran menggunakan TnG eWallet pada App Store sudah lama tersedia bagi pengguna iOS. Bagi pengguna Android pula, ia baru sahaja boleh digunakan.

Oleh itu, di sini kami tunjukkan cara bagaimana menggunakan TnG eWallet pada Play Store dan App Store dengan beberapa langkah yang sangat mudah.

TnG eWallet App Store


Untuk pengguna iOS, anda perlu pergi ke settings, klik nama anda.



Kemudian, klik payment & shipping.



Di sini, anda perlu pilih Touch n Go eWallet.



Ikuti arahan diberikan seperti log masuk TnG eWallet serta nombor pin dan anda akan menerima 6 digit OTP untuk pengesahan.

Setelah selesai, anda sudah berjaya menjadikan TnG eWallet sebagai kaedah pembayaran di App Store.

TnG eWallet Play Store


Bagi pengguna Android, sama sahaja caranya seperti iOS. Buka Google Play, di bahagian tetapan, klik payment methods.



Pilih Touch n Go eWallet.



Log masuk TnG eWallet dengan nombor telefon dan nombor pin.



Kemudian, SMS pengesahan akan diberikan dan perlu masukkan di sini.



Anda sudah berjaya menghubungkan TnG eWallet kepada Play Store.

Melalui ini, anda boleh membuat pembelian aplikasi atau pembayaran bulanan seperti Spotify, Apple One dan sebagainya dengan menggunakan TnG eWallet.

Cara ini mungkin berguna sekiranya anda tidak mahu menggunakan kad debit. Secara tidak langsung, anda hanya tambah nilai TnG eWallet sekiranya perlu.

Itu sahaja perkongsian kali ini, selamat mencuba.

Berkaitan