Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Elak Muat Turun Imej ‘Transparent’ Palsu Di Google

Cara Elak Muat Turun Imej ‘Transparent’ Palsu Di Google

Diterbitkan Mac 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Mungkin setiap individu pernah mengalami muat turun imej transparent atau format png yang salah semasa mencarinya di Google Image.

Kebiasaannya, kita mahu mendapatkan logo berformat png atau tiada latar belakang untuk memasukkan dalam poster mahupun dokumen.

Akan tetapi, terdapat banyak imej palsu yang dipaparkan walaupun kita menetapkan formatnya di enjin pencarian.

Oleh itu, di sini kami akan menunjukkan cara bagaimana untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

Mula-mula, anda perlu buka pelayar dan terus ke Google Images bagi mencari sesuatu gambar.

Cara Elak Muat Turun Imej ‘Transparent’ Palsu Di Google

Kemudian, pada bar carian, pilih ‘tools’

Cara Elak Muat Turun Imej ‘Transparent’ Palsu Di Google

Pada bahagian ini, pilih ‘color’

Screenshot 2021-03-05 163606

Seterusnya, anda perlu memilih ‘transparent’

Cara Elak Muat Turun Imej ‘Transparent’ Palsu Di Google

Selesai. Imej yang dipaparkan setelah tetapan dibuat hanyalah imej yang tidak mempunyai latar belakang.

Cara Elak Muat Turun Imej ‘Transparent’ Palsu Di Google

Walau bagaimanapun, cara ini hanya dapat dilakukan pada komputer sahaja.

Namun, ini dapat mempercepatkan dan memudahkan anda kerana tidak perlu mencari imej yang betul serta memenuhi kehendak anda.

Itu sahaja yang dapat dikongsikan kami pada kali ini. Semoga bermanfaat.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY