Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Recap Reels

Cara Dapatkan Instagram Recap Reel 2022

Diterbitkan Disember 20, 2022 · Dikemas kini Disember 21, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Instagram telah memberi fokus utama mereka pada Reels hinggakan pengguna boleh mengimbas balik kenangan 2022 mereka menggunakan format tersebut.

Pengguna hanya perlu memilih sekurang-kurangnya tiga gambar atau video dan akan dimasukkan ke dalam templat pengisahan Reel secara automatik.

Pada tahun lepas, ciri Recap Instagram dipanggil sebagai Playback. Pengguna akan pilih sehingga 10 Stories daripada tahun sebelumnya dan boleh ditukar mengikut kesukaan masing-masing.

Ciri ini tidak bermaksud pengguna untuk menukarkannya ke aplikasi pihak ketiga untuk berkongsi memori pada 12 bulan sebelumnya.

{suggest}

Reels telah menerima perkembangan yang agak besar untuk Meta selama beberapa tahun yang lepas. Ciri ini dimainkan sebanyak 140 billion kali setiap hari di Facebook dan Instagram.

Ciri seperti imbas kembali data sepanjang tahun menjadi semakin terkenal kerana Spotify Wrapped tahunan yang telah digunakan secara global.

Selepas Spotify Wrapped, beberapa syarikat yang lain sudah mula mengeluarkan ciri yang sama seperti Apple Music, YouTube Music dan Reddit.

Cara Mencipta Instagram Recap Reel 2022

Untuk menggunakan ciri ini adalah mudah dan percuma untuk semua pengguna sama ada Android mahupun IOS. Ini merupakan cara untuk mencipta Reel tersebut:

Buka Instagram dan pergi ke tab Reels yang mempunyai butang main pada hujung skrin. Tekan ikon kamera pada hujung kanan tab Reels untuk mula mencipta Reel yang baharu.

Cara Dapatkan Instagram Recap Reel 2022

Pada bahagian tersebut, pilih tab Templates pada penghujung skrin bersebelahan tulisan Reel. Di sini pengguna akan diberi banyak pilihan untuk mencipta Reel Recap.

Tekan Use template untuk mengakses templat tersebut pada penghujung skrin.

Cara Dapatkan Instagram Recap Reel 2022

Pengguna mempunyai pilihan untuk menggantikan klip yang diberi kepada gambar atau video yang ingin pengguna sertakan. Selesai sahaja proses penyuntingan, tekan sahaja Next.

Cara Dapatkan Instagram Recap Reel 2022

Terdapat pelbagai akses untuk pengguna menyunting Reel seperti menambah caption, menukar gambar untuk muka hadapan serta banyak lagi. Selesai sahaja mengubah ikut kesukaan, tekan Next.

Cara Dapatkan Instagram Recap Reel 2022

Reel tersebut kemudiannya dikongsi di Instagram di profil pengguna. Mungkin ciri ini tidak sama seperti Spotify Wrapped namun ia merupakan sebuah ciri yang lebih seronok dan boleh disunting kepada mana-mana gaya sekalipun.

Sumber: Engadget

Gambar Utama: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress