Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi mobile

Prabayar Unifi Pun Dah Ada FUP 4G Dan Kelajuan Maksimum 5Mbps, Berkuat Kuasa Hari Ini

Diterbitkan Disember 20, 2022 · Dikemas kini Disember 20, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pelan prabayar tanpa had Unifi Bebas kini telah dikemas kini dengan adanya FUP dan kelajuan maksimum mulai hari ini, 20 Disember 2022. Sebelum ini, pelan ini dan pascabayar bulanan hadir tanpa had dan tanpa FUP.

unifi fup 4gMenurut kemas kini baharu ini, pelan prabayar mempunyai kuota FUP seperti di bawah:

  • Pelan 2 jam (2 hours unlimited) RM1 – tiada FUP
  • Pelan harian (daily unlimited) RM3 – 10GB
  • Pelan mingguan (weekly unlimited) RM12 – 20GB
  • Pelan bulanan (monthly unlimited) RM35 – 100GB

Selain itu, semua kelajuan maksimum untuk rangkaian 4G juga ditetapkan pada 5Mbps pada kesemua pelan di atas.

Namun, FUP ini hanya terpakai untuk penggunaan rangkaian 4G.

Berkaitan

  • Selepas 5G, YES Kini Tawar Pelan Tanpa FUP Bermula RM58 Sebulan
  • Kenali Apa Itu FUP Dan Kenapa Ia Disertakan Dalam Pelan Internet 'Unlimited'
  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • U Mobile Lancar Pelan Prabayar U40 - FUP 100GB, 'Hotspot' Tanpa Had, Sokong 5G

Jadi, jika anda menggunakan liputan 5G, anda masih boleh gunakannya tanpa sebarang had kerana ia tidak tertakluk dengan FUP. Kelajuan untuk 5G juga tidak dihadkan.

Secara kasarnya, masih ramai pengguna tidak dapat menikmati rangkaian 5G disebabkan faktor peranti, geografi dan ‘telco’ sendiri. Digi contohnya langsung tidak sediakan 5G untuk pengguna prabayar setakat ini.

Ini bermakna hanya Yes menjadi penyedia perkhidmatan tunggal yang langsung tidak mengenakan FUP pelan prabayar dan pascabayar mereka.

Sumber: Unifi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY