Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Book Fold

Samsung Dijangka Lancar ‘Laptop’ Dengan Skrin Boleh Lipat Tahun Depan

Diterbitkan Disember 20, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Samsung telah mencipta beberapa panel OLED yang terbaik di dunia. Panel tersebut digunakan untuk peranti dari jam pintar sehingga televisyen yang berukuran 65 inci.

Kini, Samsung ingin memasukkan panel OLED yang berukuran 17.3 inci ke dalam bahagian peranti yang baharu. Peranti tersebut adalah sebuah kompter riba di mana skrinnya boleh dilipat dan dijangka akan dilancarkan pada tahun 2023.

Berkaitan

  • FTC Amerika Cuba Halang Microsoft Beli Activision, Risau Monopoli
  • Kelajuan Muat Naik Rangkaian 5G Tahun Ini Lebih Perlahan Berbanding 2021 - OOKLA
  • Giliran 'Game' Ini Pula Percuma Untuk Anda Muat Turun
  • RGB Lain 'Level', Papan Kekunci Ini Ada CPU, GPU Dan Skrin Terbina
  • WhatsApp: Terpadam Mesej Dengan 'Delete For Me'? Anda Kini 'Undo' Dengan Cara Ini

Panel daripada Samsung Display ini boleh dilipat kepada separuh dan berukuran 13.3 inci. Apabila skrin tersebut dilipat, separuh daripadanya boleh dijadikan sebagai skrin komputer manakala separuh lagi boleh dijadikan sebagai papan kekunci.

Mudah kata, ia mirip yang dilakukan pada ASUS Zenbook 17 Fold OLED.

Samsung Dijangka Lancar ‘Laptop’ Dengan Skrin Boleh Lipat Tahun Depan

Siri peranti yang boleh dilipat ini dijangka untuk keluar pada tahun 2022, namun ia telah ditangguhkan pelancarannya kepada tahun hadapan.

Samsung Display telah mengeluarkan sebanyak 960,000 unit komputer riba yang mempunyai panel OLED pada tahun 2020. Kemudian, bilangannya meningkat sehingga 5 juta unit pada 2021 dan 5.94 juta unit pada tahun 2022.

Samsung Laptop OLED Panel Production Targets 2020 To 2023 Omdia

ASUS merupakan pelanggan terbesar Samsung Display namun kini telah digantikan kepada Samsung MX. Ini kerana Samsung MX mahu mulakan fokus mereka pada pelancaran komputer riba dengan skrin OLED pula.

Sumber: SamMobile

Gambar Utama: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY