Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Finalmouse centerpiece KB

RGB Lain ‘Level’, Papan Kekunci Ini Ada CPU, GPU Dan Skrin Terbina

Diterbitkan Disember 20, 2022 · Dikemas kini Disember 20, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Finalmouse, sebuah syarikat pengeluar aksesori PC telah melancarkan sebuah papan kekunci mekanikal yang baharu.

Apa yang menjadikannya papan kekunci ini lain daripada yang lain adalah kerana terdapat paparan animasi secara langsung dari bawah kekuncinya yang lutsinar.

Papan kekunci mekanikal yang klasik mempunyai lampu RGB LED hanya untuk menambahkan elemen keseronokan sahaja.

Untuk papan kekunci Finalmouse Centerpiece pula, papan kekuncinnya mempunyai ‘interactive skin‘ yang beroperasi menggunakan Unreal engine 5.

Berkaitan

  • FTC Amerika Cuba Halang Microsoft Beli Activision, Risau Monopoli
  • Status Internet Dan Telekomunikasi Di Kawasan Banjir Jadi Keutamaan
  • Kelajuan Muat Naik Rangkaian 5G Tahun Ini Lebih Perlahan Berbanding 2021 - OOKLA
  • Giliran 'Game' Ini Pula Percuma Untuk Anda Muat Turun
  • WhatsApp: Terpadam Mesej Dengan 'Delete For Me'? Anda Kini 'Undo' Dengan Cara Ini

Terdapat paparan di bawah kekunci yang akan menyiarkan imej secara langsung agar pengguna boleh melihatnya. Terdapat paparan menarik yang ditunjukkan oleh Finalmouse seperti ikan koi, bunga dan banyak lagi.

Screenshot (19)
Contoh paparan Finalmouse Centerpiece
Screenshot (34)
Screenshot (26)
Screenshot (32)

Spesifikasi

Tiada spesifikasi yang diberikan lagi oleh Finalmouse seperti saiz, kecerahan, resolusi atau kadar segar semula.

Namun papan kekunci ini dikatakan dikuasai oleh CPU dan GPU yang tersendiri. Oleh itu, sistemnya boleh disambungkan kepada mana-mana peranti sahaja menggunakan kabel USB-C.

Mana-mana artis yang ingin menggunakan hasil seni mereka sendiri boleh memuat naiknya di akaun Steam. Mereka boleh memilih sama ada ingin memberinya secara percuma atau menjualnya kepada pengguna yang lain.

Pengguna boleh mematikan paparan tersebut menggunakan butang kawalan yang terletak pada sisi papan kekunci. Butang kawalan tersebut adalah termasuk kawalan kecerahan paparan berkenaan.

Bahan gelas yang digunakan untuk Finalmouse Centerpiece adalah Laminated DisplayCircuit Glass Stack yang dilengkapi dengan casis aluminium.

Pengguna dikatakan tidak akan mempunyai sebarang masalah semasa menggunakan Finalmouse Centerpiece walaupun bahan yang digunakan bukan sebuah kebiasaan.

Screenshot (27)

Finalmouse Centerpiece dikatakan mempunyai bunyi yang unik seakan-akan bunyi titisan hujan yang lembut.

Papan kekunci tersebut akan tersedia pada awal tahan 2023 bermula dari harga $349(RM1,548).

Sumber: YouTube

Gambar Utama: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY