Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GRAB QUITE RIDE

Grab Malaysia Bakal Perkenal ‘Quiet Ride’, Pilih Perjalanan Dengan Minimum Perbualan

Diterbitkan Oktober 1, 2022 · Dikemas kini Oktober 1, 2022 oleh Amalina Athman

Grab Malaysia kini dilaporkan akan memulakan ujian ciri ‘Quiet Ride’ yang membolehkan pengguna memilih minimum perbualan sewaktu perjalanan.

Grab Malaysia Bakal Perkenal ‘Quiet Ride’, Pilih Perjalanan Dengan Minimum Perbualan
Sumber gambar: Lowyat.NET

Menurut Lowyat.net, pengguna hanya perlu membalas “Quiet Ride” apabila menerima mesej yang dijana secara automatik dalam GrabChat selepas memperoleh tempahan Grab. Dengan cara ini, pemandu akan mengetahui jika pengguna lebih memilih untuk tidak banyak berbual semasa perjalanan.

Melalui perkongsian tangkap layar PeopleOfPerlis, dinyatakan ciri Quiet Ride akan melalui tempoh percubaan bermula 7 Oktober 2022.

Grab Malaysia Bakal Perkenal ‘Quiet Ride’, Pilih Perjalanan Dengan Minimum Perbualan

Terdahulu, beberapa halaman di Facebook juga pernah berkongsi mengenai ciri itu yang bermula sejak April lalu. Dengan perkongsian PeopleOfPerlis, ini bermakna Grab memperluaskan lagi kawasan bagi ujian ciri tersebut.

Grab juga telah mengesahkan kepada Lowyat.NET bahawa Quiet Ride masih dalam tempoh percubaan di Malaysia, sekurang-kurangnya buat masa ini. Ia telah diperluaskan kepada pengguna di Lembah Klang dan Pulau Pinang, sementara ciri yang sama juga telah dimulakan di Ipoh, Johor Bharu, Kota Kinabalu, Kuching dan Melaka bagi pengguna Grab terpilih.

Berkaitan

  • Setel Kini Menyokong Tambah Nilai Daripada GrabPay
  • Grab Hadir Dengan Sistem Pemetaan Sendiri, Sedia Digunakan Secara Komersial
  • Guna 'Point' Grab, Lelaki Ini Hanya Bayar ~RM800 Untuk Beli iPhone 14 Pro Max

Memilih Quiet Ride tidak bermakna pemandu langsung tidak dibenarkan bercakap dengan penumpang. Grab menyatakan pemandu masih boleh mengajukan soalan penting seperti pilihan haluan, tetapan penghawa dingin, pilihan muzik yang dimainkan dan sebagainya.

Bagaimanapun, Grab memaklumkan pihaknya masih menilai ciri tersebut dan belum menetapkan tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia. Selain pasaran Malaysia, syarikat itu juga telah menguji ciri tersebut di Filipina dan Vietnam.

Sumber: Lowyat.NET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY