Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tanggungan vaksin COVID mysejahtera

Cara Daftar Tanggungan Untuk Vaksinasi COVID-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

Diterbitkan Mac 19, 2021 oleh Amalina Athman

Bermula hari ini, pengguna sudah boleh membuat pendaftaran tanggungan (dependent) melalui aplikasi MySejahtera. Dengan kemudahan ini, pengguna boleh mendaftarkan ibu bapa atau ahli keluarga yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera bagi penerimaan suntikan vaksin COVID-19.

Berikut disediakan beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk membuat pendaftaran tanggungan vaksinasi COVID-19 melalui MySejahtera.

Daftar tanggungan vaksinasi COVID-19 melalui MySejahtera

Pastikan aplikasi MySejahtera telah dikemaskini dalam versi 1.0.30 terlebih dahulu.

1. Buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke “Vaksinasi COVID-19”.

daftar tanggungan vaksin COVID-19

2. Kemudian, pilih “Tambah Tanggungan Vaksinasi” atau “Add Vaccine Dependent”. Sekali lagi tekan pada “Tambah Tanggungan Vaksinasi”.

daftar tanggungan vaksin COVID-19

3. Masukkan butiran tanggungan anda termasuk nama penuh tanggungan, hubungan, nombor kad pengenalan, alamat dan sebagainya.

Cara Daftar Tanggungan Untuk Vaksinasi COVID-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

4. Setelah selesai, tekan “Simpan” dan tekan “Ya, teruskan” bagi mengesahkan jika benar anda diberi kuasa untuk proses vaksinasi bagi individu yang didaftarkan.

Cara Daftar Tanggungan Untuk Vaksinasi COVID-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

Ikut langkah seterusnya dan anda kini sudah pun mendaftar tanggungan. Perlu diketahui, buat masa ini pendaftaran tanggungan hanya boleh dilakukan untuk individu yang berusia 18 tahun dan ke atas sahaja.

Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY