Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Daftar Dan Semak PPV Terdekat Untuk Dapat Dos Penggalak Lebih Cepat

Posted on Disember 31, 2021Disember 31, 2021

Seperti diumumkan oleh KKM sebelum ini, sela masa bagi penerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca Covid-19 telah dipendekkan dari 6 bulan kepada 3 bulan. Hal ini disebabkan ancaman varian baharu, Omicron.

Dr. Mahesh selaku Ketua CPRC di akaun Twitter-nya berkata orang ramai tidak perlu melakukan apa-apa untuk mendapatkan vaksin penggalak kerana KKM mempunyai data berkenaan pengambilan vaksin mereka.

Bagaimanapun, beliau turut mencadangkan mereka yang mahu mendapat dos penggalak tanpa menunggu lama boleh menyemak senarai PPV terdekat di laman web ProtectHealth dan menghubungi PPV untuk mendaftar dalam senarai menunggu.

Dengan itu, jika terdapat individu yang tidak hadir pada janji temu ditetapkan, mereka yang berada dalam senarai menunggu mungkin ditawarkan untuk mengisi slot kosong tersebut.

Ini langkah untuk menyemak PPV berdekatan yang memberikan dos penggalak:

  • Pergi laman ke ProtectHeath di SINI.
  • Pilih negeri dan bandar.
    • Anda juga boleh mengisi maklumat selebihnya untuk PPV yang lebih spesifik.
  • Tekan “Cari“.
    • Senarai PPV akan tersenarai di bawah.
  • Dengan nama PPV dan nombor telefon yang dipaparkan, anda boleh menghubungi mereka atau terus ke sana untuk mendaftar.

ProtectHealth berkata terdapat 1,951 kemudahan kesihatan swasta yang beroperasi sebagai PPV dan PPV luar di bawah ProtectHealth yang masing-masing mampu memberikan 500 hingga 3,000 dos penggalak setiap hari.

Baca juga:

  • Ciri Baru MySejahtera Beritahu Jika Berdekatan Orang Positif COVID-19
  • Jangan Beli Laptop Selagi Anda Tak Baca 11 Perkara Penting Ini
  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress