Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mysejahtera mysj trace green

Ciri Baru MySejahtera Beritahu Jika Berdekatan Orang Positif COVID-19

Diterbitkan Disember 24, 2021 · Dikemas kini Disember 31, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

MySejahtera dalam kemas kini terbaru hadir dengan ciri yang penting iaitu pengesanan kontak melalui Bluetooth.

Melalui ciri yang dinamakan MySJ Trace ini, telefon pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu dengan menggunakan fungsi geo lokasi dan Bluetooth.

MySejahtera kemudiannya akan memberitahu pengguna jika mereka telah berada berdekatan seseorang yang didapati positif COVID-19.

Ciri Baru MySejahtera Beritahu Jika Berdekatan Orang Positif COVID-19

 

Fungsi ini disokong oleh peranti yang menggunakan perisian sistem Android versi 8 ke atas dan iOS versi 10 ke atas.

MySejahtera pada Android memerlukan kebenaran lokasi dan Bluetooh manakala untuk iOS pula hanya fungsi Bluetooth yang perlu diaktifkan.

Ciri Baru MySejahtera Beritahu Jika Berdekatan Orang Positif COVID-19

Setakat artikel ini ditulis, kemas kini bersama MySJ Trace ini telah dilepaskan melalui Huawei AppGallery namun masih belum tersedia di Google Play Store mahupun Apple App Store. Mungkin kita perlu menunggu beberapa jam atau hari lagi sebelum dilepaskan pada semua.

KEMAS KINI: Kesemua pengguna Android dan iPhone sudah menerima kemas kini terbaharu ini.

Baca juga:

  • Rantai Yang Didakwa Selamatkan Pemakai Daripada 5G Rupanya Radioaktif
  • Acer Malaysia Akan Bagi Baik Pulih Produk Yang Terjejas Sebab Banjir
  • Ini Cara Laporkan Keputusan Ujian Kendiri Di MySejahtera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY