Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-11-11 at 12.12.34 PM

Cara Buat Pelekat Wajah Anda Sendiri Di WhatsApp

Diterbitkan November 11, 2018 · Dikemas kini November 11, 2018 oleh Helmi Samsuri

WhatsApp pada hujung Oktober yang lalu telah sedia menawarkan ciri pelekat untuk menceriakan lagi perbualan pengguna mereka.

Pelbagai jenis pelekat ditawarkan dan tidak cukup dengan itu, platform pemesejan pesaing yakni Telegram, turut menyediakan pelekat khusus untuk pengguna WhatsApp.

Namun, jika pelekat-pelekat yang disediakan tidak cukup memuaskan hati anda, anda boleh mencipta pelekat dengan wajah anda, ahli keluarga mahupun kenalan yang lain.Copy of Screenshot_20181111-114607

Caranya sangat mudah. Pastikan anda memuat turun dua aplikasi ini; Background Eraser dan Personal Stickers for WhatsApp.

Sudah muat turun? Ikuti langkah mudah berikut.

  • Buka aplikasi Background Eraser dan masukkan gambar yang dikehendaki untuk padam latarbelakang.

Cara Buat Pelekat Wajah Anda Sendiri Di WhatsApp

  • Setelah siap padam latarbelakang, klik Save untuk simpan gambar tersebut.

Cara Buat Pelekat Wajah Anda Sendiri Di WhatsApp

  • Sesudah itu, buka pula aplikasi Personal Stickers for WhatsApp dan ia akan mengesan gambar yang anda proses sebentar tadi secara automatik. Sekurang-kurangnya tiga gambar diperlukan ya.

Cara Buat Pelekat Wajah Anda Sendiri Di WhatsApp

  • Tekan butang Add dan anda kini boleh sertakan pelekat dengan wajah pada perbualan WhatsApp.

Cara Buat Pelekat Wajah Anda Sendiri Di WhatsApp

 

Senang kan? Ok dah boleh cari gambar-gambar pelik rakan anda dan ceriakan lagi grup WhatsApp yang sunyi itu.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY