Cara Buat Panggilan Video Sehingga 50 Orang Menggunakan Messenger Rooms

Beberapa minggu yang lalu, Facebook telah mengumumkan satu ciri panggilan suara baru dikenali sebagai Messenger Rooms. Ciri ini pada awalnya ditawarkan terlebih dahulu di beberapa negara pada awal Mei dan kini ia sudah tiba ke Malaysia.

Melalui Messenger Rooms, anda boleh membuat panggilan video yang disertai sehingga 50 orang pengguna dalam satu-satu masa.

Menariknya lagi, anda boleh menjemput pengguna lain yang tidak mempunyai akaun Facebook untuk turut serta dalam panggilan video berkumpulan ini. Difahamkan juga, Room boleh dicipta dari Instagram Direct, WhatsApp dan Portal tidak lama lagi, dimana buat masa sekarang ia mungkin dalam fasa pembangunan.
Bagaimana mahu mulakan panggilan video Messenger Rooms?


  • Telefon pintar

    • Pastikan anda menggunakan aplikasi Facebook dan Messenger versi terkini yang boleh dikemaskini dari Google Play Store atau App Store.

    • Buka aplikasi Messenger dan pergi ke bahagian People (bawah sebelah kanan)




 



    • Pilih Create a Room








    • Anda boleh tetapkan siapa yang boleh sertai panggilan tersebut, sama ada individu yang mempunyai pautan ataupun hanya individu di Facebook sahaja.








    • Untuk berkongsi pautan, tekan Share Link dan salin pautan tersebut atau kongsikan terus pada platform yang disenaraikan.




Laporan sebelum ini ada menyatakan WhatsApp akan dikemaskini dengan sokongan panggilan suara sehingga 50 orang melalui Messenger Rooms. Butang Create a Rooms bakal disediakan pada aplikasi WhatsApp.

Namun buat masa sekarang, ia masih dalam versi Beta dan belum ditawarkan kepada umum lagi.

  • Komputer

    • Tekan Messenger pada menu dibahagian atas.





 



    • Seterusnya tekan Create a Rooms dan tetingkap baru akan muncul.

    • Untuk melihat tetapan Room anda seperti salin pautan atau kuncikan Room, tekan butang seperti dibawah.








    • Sekiranya anda menguncikan Room, invidu lain yang mempunyai pautan tidak boleh turut serta dalam panggilan video tersebut.

    • Jika anda mencipta Room melalui Facebook Group, secara default ia terbuka untuk disertai oleh ahli-ahli grup tersebut.







Bagaimana dengan privasi ketika menggunakan Messenger Rooms?

  • Mengunci Room - Setelah Room dikunci tiada siapa yang boleh menyertai panggilan video.

  • Singkirkan peserta - Pencipta Room boleh menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak dimahukan. Sekiranya ada peserta yang disingkirkan atau pencipta meninggalkan Room, ia akan terkunci secara automatik. Pencipta Room perlu buka semula untuk individu lain masuk.

  • Sekat pengguna Facebook atau Messenger - Apabila anda sudah(blocked) pengguna di Facebook atau Messenger, mereka tidak boleh sertai Room anda dan anda juga tidak boleh sertai Room mereka.

  • Laporkan kepada Facebook - Sekiranya anda rasa terdapat pelanggaran Community Standards, anda boleh laporkannya pada Facebook. Facebook menyatakan mereka tidak mendengar atau melihat audio serta video dari Room, jadi laporan yang dibuat tidak akan mengandungi audio dan video.


Facebook kutip data daripada Room?

Ya, Facebook akan mengumpul data daripada Room dan mereka menyatakan ia bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan penambahbaikan produk. Ia tidak akan digunakan untuk iklan dan Facebook tidak akan memaparkan iklan pada Room.

Bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun Facebook dan menyertai Room, data yang dikutip adalah jenis peranti dan jenis pelayar internet, informasi penggunaan produk, dan informasi teknikal.

Data-data ini digunakan untuk penyediaan dan penambahbaikan pengalaman ketika menggunakan Room untuk menjadikannya lebih selamat dan terkawal. Untuk maklumat lanjut tentang privasi boleh baca pautan berikut - Privacy Matters: Messenger Rooms.