Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Bantu Anda Jika Terdapat Kanak-Kanak Hilang

Facebook Bantu Anda Jika Terdapat Kanak-Kanak Hilang

Diterbitkan November 4, 2016 oleh Helmi Samsuri

Kerap kali kita mendengar tentang kes kanak-kanak hilang. Salah satu cara pantas adalah dengan membuat hebahan menggunakan media sosial. Facebook merupakan rangkaian media sosial yang paling tinggi digunakan di Malaysia dengan 19 juta pengguna berdaftar. Terkini Facebook telah mengumumkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghantar National Urgent Response (NUR) Alert.

Untuk pengetahuan semua, fungsi amaran NUR ini mengambil contoh amaran Amber yang telah dimulakan di Amerika Syarikat. Amaran Amber merupakan hebahan mesej bagi membantu dalam mengenal pasti lokasi kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah yang hilang. Mesej hebahan dihantar melalui pelbagai saluran untuk membantu membawa masyarakat bersama-sama untuk mencari kanak-kanak hilang.

Antara saluran itu adalah menerusi suapan berita (News Feed) Facebook. Amaran akan muncul pada suapan berita anda jika anda berada dikawasan kanak-kanak yang hilang. Terdapat informasi penting pada amaran seperti foto, lokasi terakhir kanak-kanak serta beberapa maklumat penting yang lain.

Ini merupakan langkah terbaik dan pantas untuk berkongsi maklumat kanak-kanak hilang kepada  seberapa ramai orang yang mungkin. Walaupun sistem ini telah dilaksanakan, amaran hanya akan muncul pada garis masa orang-orang yang berada berhampiran kawasan pencarian. Ini bermakna tidak semua pengguna yang akan menerima amaran tersebut. Diharap kerjasama yang terjalin antara Facebook dan PDRM ini dapat menangani masalah kanak-kanak hilang dengan lebih pantas dan berkesan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY