Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tng featured images

Cara Bayar Pembelian Aplikasi Dari App Store Menggunakan Touch n’ Go eWallet

Diterbitkan November 22, 2019 · Dikemas kini Ogos 21, 2020 oleh Amalina Athman

Anda pengguna iOS? Dengan hanya beberapa langkah, anda boleh menjadikan Touch ‘n Go eWallet sebagai pilihan kaedah pembayaran di App Store. Ia merupakan kaedah pembayaran tambahan yang sebelum ini cuma mempunyai dua pilihan iaitu debit atau kad kredit dan melalui bil telefon.

Sedia menyokong pembayaran melalui Touch ‘n Go eWallet sejak April yang lalu, selain App Store ia turut digunakan di Apple Music dan iTunes bagi tujuan pembelian aplikasi, permainan, muzik, filem dan sebagainya.

Bagaimana untuk menggunakannya?

Menghubungkan akaun adalah sangat mudah dan anda boleh ikuti langkah-langkah bergambar berikut:

Cara Bayar Pembelian Aplikasi Dari App Store Menggunakan Touch n’ Go eWalletLog masuk dengan Touch ID, Apple ID atau kata Laluan anda dan pilih uruskan pembayaran.

Cara Bayar Pembelian Aplikasi Dari App Store Menggunakan Touch n’ Go eWalletPilih tambah kaedah pembayaran. Kemudian, tekan “Touch ‘n Go eWallet” dan pergi ke aplikasi Touch ‘n Go eWallet untuk pengesahan.

Cara Bayar Pembelian Aplikasi Dari App Store Menggunakan Touch n’ Go eWalletKod pengesahan SMS akan dihantar ke peranti anda,  kemudian tekan “Return to merchant” dan ia sedia untuk digunakan. Touch ‘n Go eWallet akan dikreditkan setiap kali pembelian dilakukan pada peranti Apple yang dipautkan.

Itu sahaja perkongsian kami. Semoga bermanfaat.

 

Sumber: Touch ‘n Go Ewallet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY