Melaluinya, ia membolehkan anda mengehadkan penggunaan sesuatu aplikasi pada iPhone dan mengawal fungsi yang tersedia. Ia juga boleh digunakan ketika anda menonton video.
Di bawah ini kami sediakan langkah untuk tetapan dan cara mengaktifkan Guided Access.
Tetapan Guided Access
Pertama, pergi ke bahagian Setting pada iPhone dan pilih "Accessibility".
Kemudian, aktifkan "Guided Access". Di bahagian "Passcode Settings", tekan pada "Set Guided Access Passcode" dan masukkan kata laluan serta sahkan kata laluan tersebut. Anda juga boleh mengaktifkan Face ID atau Touch ID sebagai cara untuk menamatkan sesi Guided Access.
Cara mengaktifkan Guided Access
Buka mana-mana aplikasi yang dikehendaki. Setelah itu, aktifkan Guided Access pada iPhone X dan ke atas dengan cara tekan tiga kali pada butang kuasa. Bagi iPhone 8 dan ke bawah, tekan butang Home sebanyak tiga kali. Kemudian, tekan pada "Start".
Jika anda ingin mengehadkan sentuhan bahagian tertentu pada skrin seperti butang carian di Instagram dan sebagainya, ianya boleh dilakukan dengan membulatkan pada bahagian tersebut. Anda juga boleh menggerakkan atau mengubah saiz bulatan tersebut, atau tekan X untuk membuangnya.
Untuk nyahaktifkan Guided Access, tekan semula pada butang Home atau butang kuasa sebanyak tiga kali dan masukkan kata laluan.
Dalam pada itu, anda juga boleh menetapkan akses pada bahagian "Options". Untuk maklumat lanjut mengenai fungsi pada Options ini, layari laman web Apple.
Berkaitan
- Apple Akhirnya Mengalah, iPhone Akan Sokong RCS Tahun Depan
- Google Lancar Ciri Seperti "Find My" Apple, Boleh Jejak Peranti Di Luar Talian
- Cara Tetapkan Kata Laluan Dan Kunci Nota Pada Aplikasi Notes Di iPhone
- Apple Store Malaysia Kini Tawar 'Trade In', Ansuran Bulanan
- Selepas Google, Kini Samsung Pula Ejek Apple Mengenai 'Bubble' Hijau
- KTMB Akan Sokong Pembayaran Apple Pay, Samsung Pay Awal Tahun Depan
- Apple Sahkan Acara Pelancaran iPhone 15 Akan Berlangsung Dua Minggu Lagi
- iPhone 12 mini Diumumkan - iPhone 12 Paling Mampu Milik, Harga Bermula RM3399
- Mahu Kekalkan Kualiti Paparan iPhone 14 Pro, Apple Dilapor Minta Samsung Guna Kaedah Lebih Maju
- Apple Watch Series 6 Diperkenalkan, Harga Bermula RM1,749