Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Canon Malaysia Lantik Shunji Yoshikai Sebagai Presiden Dan CEO Baharu

Posted on Januari 20, 2022

Canon Marketing Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Shunji Yoshikai sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa Januari 2022.

Mempunyai pengalaman selama 30 tahun, beliau yang mempunyai pengalaman meluas berkaitan jualan, pembuatan dan pengurusan berasa teruja untuk bersama terus maju bersama Canon Malaysia.

“Saya teruja dengan cabaran baharu di sini. Syarikat ini mempunyai jenama yang hebat, orang-orang yang berbakat dan rangkaian meluas di seluruh negara. Saya berharap untuk bekerjasama dengan pasukan ini dan semua pihak daripada Canon Marketing Malaysia dalam memacu dan mencipta solusi terbaik untuk pelanggan kami,” ujar Yoshikai berkenaan pelantikannya.

Beliau sebelum ini pernah ditempatkan dia pejabat Canon di merata negara termasuk Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan China.

Bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengukuhkan perniagaaan dan segmen runcit, Yoshikai juga akan menumpukan transformasi digital yang kini turut dilakukan syarikat di seluruh dunia.

Sumber: Siaran Akhbar Canon

Baca juga:

  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang Touch ‘n Go RFID Pada Kereta
  • Canon Membantu Keluarga Yang Terjejas Dengan Pandemik COVID-19
  • Cara Semak Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress