Canon Mahu Mencabar Sony Dengan Memperkenalkan Kamera Mirrorless Baru EOS M6

Tahun lepas Canon melancarkan EOS M5 dalam usaha untuk menakluki takhta kamera 'Mirrorless'. Kini Canon telah memperkenalkan sebuah kamera mirrorless terbaru iaitu EOS M6 bersama-sama dengan kamera dslr baru EOS 800D dan EOS 77D.

Walaupun Canon pada pandangan kami masih belum betul-betul menembusi pasaran kamera 'Mirrorless' yang ketika ini dipegang oleh Sony, tetapi dengan kamera EOS M5 memperlihatkan Canon benar-benar mengambil serius tentang kamera 'Mirrorless'.

Yang menariknya, Canon membuang rekaan viewfinder. Perbezaan lain antara M5 dan M6 termasuklah popup flash yang lebih sesuai untuk kamera mirrorless. Kawalan butang M5 kini disusun di bawah butang exposure. Nampak lebih kemas.

532613-canon-eos-m6

Dari segi reka bentuk pula ianya mungkin sama seperti EOS M5 tetapi dilihat saiznya lebih kompak namun EOS M6 ini memiliki skrin sentuh 3,2 dengan resolusi lebih rendah. Kamera ini memiliki sensor CMOS 24.2-Megapixel (APS-C) dan pemproses imej DIGIC 7 dengan keupayaan ISO 100-25,600. Ianya mempunyai berat hanya 390g dan berukuran 112.0 x 68.0 x 44.5 mm. Dual Pixel AF boleh digunakan untuk auto-fokus yang lebih cepat.

canon-eos-m6-retour-au-viseur-optionnel-9b0d9332__w910

EOS M6 juga turut memiliki keupayaan penstabilan imej bersama kombinasi IS 5-paksi dan keupayaan untuk merakam video pada 60p dengan resolusi HD penuh. M6 mampu mengambil gambar dengan high-speed continuous shooting pada 7 fps atau sehingga 9 fps jika menggunakan fungsi AF Lock.

Ianya akan dijual dengan harga $780 (RM3470) untuk badan sahaja. Kit lens EF-M 15-45mm / F3.5-6.3 IS STM dianggarkan datang dengan harga $900 (RM4000), dan kit lain seperti EF-M 18-150mm f / 3.5-6.3 IS STM akan kos sekitar $ 1,280 (RM 5700). Kamera ini dijadualkan untuk ke pasaran pada bulan April 2017.

Sumber