Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yes nvidia geforce 5g

Pelanggan GeForce Now Dihadkan Main Permainan Strim 100 Jam Sebulan, Bayar Jika Lebih Masa

Diterbitkan November 8, 2024 · Dikemas kini November 8, 2024 oleh ariff bukhari

Nvidia mengenakan syarat baharu kepada pelanggan GeForce Now di mana mulai tahun depan, Nvidia akan mengehadkan pelanggan GeForce Now kepada 100 jam masa bermain sebulan.

Tindakan tersebut diambil selepas syarikat itu berkata, majoriti pelanggan berbayar tidak pernah melebihi 100 jam setiap bulan.

“Had yang mencukupi ini dengan selesa menampung 94% ahli, yang biasanya menikmati perkhidmatan dengan baik dalam jangka masa ini,” Nvidia

Sekatan itu akan “memastikan pelanggan terus menerima masa giliran yang rendah atau tiada dan pengalaman berkualiti tinggi setiap sesi,” kata Nvidia.

Dasar itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025 akan datang untuk peringkat Ultimate dan Priority.

Walau bagaimanapun, Nvidia menawarkan sehingga 15 jam masa bermain yang tidak digunakan akan beralih secara automatik ke bulan berikutnya untuk ahli, dan jam tambahan boleh dibeli pada $2.99 untuk 15 jam tambahan Performance, atau $5.99 untuk 15 jam tambahan Ultimate.

Sekatan ini hanya terhad kepada pelanggan GeForce Now di negara AS, Eropah dan Jepun sahaja.

Untuk langganan GeForce Now di Malaysia, anda boleh melanggannya pada harga RM500/tahun atau RM50/bulan.

Atau juga anda boleh mendapatkan pas akses 3 hari GeForce Now pada harga RM25 atau RM12/hari.

Tetapi bagi pelanggan Yes 5G pula, anda akan dapat harga langganan GeForce Now yang lebih rendah.

GeForce Now Yes

Berkaitan

  • Pelan Yes GeForce Now Berharga RM30 Sebulan, RM50 Bagi Bukan Pelanggan Yes
  • Max Juga Bakal Menghalang Perkongsian Kata Laluan
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY