Bursa Malaysia Lancar Bursa Academy, Platform Pembelajaran Dalam Talian Untuk Pelabur

Bursa Malaysia Berhad baru-baru ini telah melancarkan sebuah platform pembelajaran dalam talian dikenali sebagai Bursa Academy. Platform ini dibangunkan sebagai sebuah portal pembelajaran sehenti yang menawarkan informasi serta permainan interaktif.

Bursa Academy tampil dengan antaramuka yang ringkas serta mesra pengguna. Ia disasarkan kepada pelabur runcit pada Pasaran Sekuriti, Pasaran Derivatif serta Pasaran Modal Islam.

Platform ini boleh diakses secara percuma dan disediakan dengan pelbagai ciri serta asas untuk membantu para pelabur membuat keputusan dalam pelaburan.

Ia memfokuskan kepada empat perkara iaitu sebagai penyedia pendidikan untuk pelabur, menyediakan pendidikan dihujung jari, memberikan pengalaman pembelajaran menarik untuk Pelabur Runcit, serta sebuah platform pembelajaran yang menyajikan pelbagai fungsi.

Ketika ini ia ditawarkan dalam dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris dimana Mandarin pula akan tiba pada suku ketiga.

Bursa Academy boleh diakses melalui Bursa Marketplace pada pautan berikut - https://www.bursaacademy.bursamarketplace.com/en/home