Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Visual 2 – realme x The Malaysia Book of Records 2021

realme Malaysia Catat Nama Dalam The Malaysia Book of Records

Diterbitkan Mei 10, 2021 oleh Helmi Samsuri

Beberapa bulan kebelakangan ini, kita merasakan realme terlalu aktif melancarkan telefon pintar untuk pasaran tempatan. Namun, ia bukanlah pencapaian yang mampu meletakkan nama pengeluar ini di dalam The Malaysia Books of Record.

Mungkin sebagai salah satu cara untuk menghangatkan lagi kedatangan telefon pintar terbaharu mereka, satu rekod telah berjaya tercatat.

realme x The Malaysia Book of Records 2021 Certification

Menerusi siaran akhbar yang diterima kami, realme Malaysia berjaya mencetak gambar bersaiz 16.07m x 21.15m menggunakan kamera 108MP realme 8 Pro.

Visual – realme x The Malaysia Book of Records 2021

Ini sekaligus memperlihatkan keupayaan kamera peranti berkenaan yang tidak hanya sekadar sesuai untuk media sosial, malah lebih “besar” daripada itu.

Visual 2 – realme x The Malaysia Book of Records 2021

Tidak dapat dipastikan sama ada pencapaian ini mampu menarik kembali minat orang ramai terhadap model ini disebabkan spesifikasi dibeberapa bahagian kelihatan sedikit sendu berbanding pesaing.

Dalam pada itu, realme menyatakan beberapa produk mereka laku keras sewaktu promosi 5.5 dijalankan pada platform Shopee dan Lazada.

Screenshot 2021-05-10 at 9.52.29 AM
Lazada
Screenshot 2021-05-10 at 9.52.19 AM
Shopee

Sekiranya anda mahu jadi salah seorang penyumbang keuntungan pengeluar yang semakin meningkat naik ini, boleh lawati laman Shopee – (https://invol.co/cl3y2q0) dan Lazada (https://invol.co/cl3y2p6) rasmi mereka.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY