Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akhirnya Mi Malaysia Akan Membawa Masuk Redmi Note 4 Ke Pasaran Tempatan, Diumumkan Tengahari Esok (8 Mac 2017)

Akhirnya Mi Malaysia Akan Membawa Masuk Redmi Note 4 Ke Pasaran Tempatan, Diumumkan Tengahari Esok (8 Mac 2017)

Diterbitkan Mac 7, 2017 · Dikemas kini Mac 7, 2017 oleh Helmi Samsuri

Penantian peminat telefon pintar Xiaomi kini bakal berakhir dimana Mi Malaysia bakal mengumumkan model Redmi Note 4 pada esok, 8 Mac 2017.

Beberapa hari yang lepas, akaun rasmi Facebook Mi Malaysia ada memuat naik status memberi bayangan tentang model baru yang akan dilancarkan di pasaran tempatan dan hari ini satu video telah di muat naik dengan status “Akan Datang! Watch this space for more info: 12PM, 08.03”.

Redmi Note 4 telah mula diperkenalkan pada Januari yang lalu dimana penjualan model ini di pasaran India merekodkan 250,000 unit terjual dalam masa 10 minit sahaja.

Redmi  Note 4 menampilkan saiz skrin paparan berukuran 5.5 inci dengan cip pemproses Snapdragon 625.

Beroperasi menggunakan platform Android Marshmallow 6.0 dan bateri berkapasiti 4100 mAh.

Ia juga hadir dengan kamera utama 13 megapiksel dan 8 megapiksel bagi kamera selfie.

Masih belum dapat dipastikan lagi tentang harga dan variasi warna yang akan dipasarkan di pasaran tempatan. Jadi sama-sama kita nantikan pengumuman dari Mi Malaysia esok hari.

Sumber: Mi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY